Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. subjection to some process for a purpose, pemprosesan, perawatan; (by working) pengolahan: the timber is undergoing ~ to protect it against white ants, kayu itu sedang menjalani perawatan utk melindunginya drpd anai-anai; before ~ the ore is brownish in colour, sebelum pengolahan bijih itu berwarna keperang-perangan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : under ~, sedang dirawat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. medical or surgical care, rawatan; (with medicine) pengubatan: free medical ~, rawatan perubatan percuma; he goes twice a week for ~ at the hospital, dia pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dua kali seminggu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. mode of dealing with a subject, pengolahan, mengolah: his ~ of the subject is more interesting, cara dia mengolah perkara itu lebih menarik: the architect’s ~ of space, pengolahan ruang oleh arkitek itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. behaviour towards, perlakuan, memperlakukan: the Geneva Convention lays down regulations for the ~ of prisoners-of-war, Perjanjian Geneva menetapkan peraturan utk memperlakukan tawanan perang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata treatment


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
crack treatment dalam bahasa melayu? perkataan tersebut merujuk kepada kaedah kawalan ingestasi lipas.Saudara. Apabila merujuk "crack treatment" dalam konteks infestasi lipas, ia melibatkan usaha-usaha untuk menangani serangan lipas yang bersembunyi di celahan rekahan fizikal. Maka kami mencadangkan istilah yang boleh digunakan ialah "rawatan rekahan". Rekahan bermaksud pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding;.Makna27.06.2014
Mohon bantuan untuk translate "symptomatic treatment"Padanan bagi istilah symptomatic treatment dalam bahasa Melayu ialah rawatan simtom. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2025
Mohon bantuan untuk terjemahan jabatan "recycling & waste treatment technology"Tidak ada padanan recycling and waste treatment technology dalam pangkalan data kami. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "teknologi kitar semula dan rawatan sisa". Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
Aslm, perkataan inggeris 'non' spt 'non-surgical treatment' ; adakah alih bahasanya - rawatan bukan surgikal atau rawatan tanpa surgikal? kerana maksud non bukan bererti bukan. Mohon penjelasan.Padanan istilah bahasa Melayu untuk "non-surgical treatment" ialah rawatan tanpa bedah (bidang Perubatan).Istilah21.01.2014
Tuan, Terjemahan mana yang betul bagi "Last Treatment Visit", adakah "Lawatan Akhir Rawatan" atau "Lawatan Rawatan Akhir". Ayat penuh bagi penggunaan istilah ini adalah seperti berikut: "Jika penyertaan anda dalam Bahagian B kajian utama, TRCA-303, bersambung selama lebih daripada 36 bulan (3 tahun), imbasan keempat dan terakhir akan dijalankan pada Lawatan Akhir Rawatan jika ia belum dibuat dalam tempoh 2 bulan sebelumnya."

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi ayat Last Treatment Visit. Walau bagaimanapun, sekiranya bersesuaian dengan konsep, kami mencadangkan Janji Temu Rawatan Terakhir sebagai padanan untuk ayat tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan01.10.2019
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan yang berikut : a) “natural”, bolehkah guna perkataan “semulajadi”? Contoh : melegakan gejala menopaus secara semulajadi b) “hormone free treatment for menopausal ”? Bolehkah menterjemahkan kepada “Bebas hormone rawatan untuk menopaus?” c) “Mood Swing”, bolehkah guna perkataan “Emosional” atau “Perubahan emosi”? d) “Hot flushes and night sweats”, bolehkah guna perkataan “Rasa panas dan berpeluh malam”? e) “Urinary frequency or involuntary loss of urine”, bolehkah menterjemahkan kepada “ kekerapan kencing atau kekurangan air kencing secara tidak terkawal?”a) Perkataan semula jadi boleh digunakan untuk “natural”. Oleh itu ayat "melegakan gejala menopaus secara semula jadi" adalah betul . 
b) hormone free treatment for menopausal - rawatan bebas hormon untuk menopaus
c) mood swing - perubahan emosi/berubah angin/berubah suasana 
d) hot flushes and night sweats - hangat memerah dan peluh malam
e) urinary frequency or involuntary loss of urine - kekerapan kencing atau pengeluaran air kencing secara tidak terkawal
Penyemakan dan penterjemahan17.02.2016
Salam, Mohon bantu untuk alih bahasa inggeris bagi jabatan di bawah. Adakah tepat seperti di dalam () Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi) Recycling & Waste Treatment Technology - (Jabatan Kitar Semula dan Teknologi Rawatan Sisa) Sales & Business Development - (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Jualan) Insfrastructure Cleansing Services - (Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur)Terjemahan yang sesuai bagi:
1.  Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu)
2. Recycling & Waste Treatment Technology - (Teknologi Rawatan Sisa Pepejal dan Kitar Semula)
3. Sales & Business Development - (Pembangunan Perniagaan dan Jualan)
4. Insfrastructure Cleansing Services - (Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur)
Makna27.04.2018
Stitches There is no one definite answer for the cause or treatment of a stitch. The most popular theory is that a stitch is caused by either drinking too much or eating a meal too near to running... Apakah istilah yang amat tepat untuk "stitches" dalam Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Dusun terdapat istilah solisipon, obikon, oripon.

Berdasarkan keterangan saudara, stitch merupakan sejenis kesakitan dan tiada padanan bahasa Melayu dalam rujukan kami. Oleh itu gunakan perkataan tersebut dengan ejaan dicondongkan.

Istilah02.03.2010
Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health.

Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’.

Istilah26.01.2015
Assalamualaikum saya mohon bantuan nasihat terjemahan tajuk berikut ke dalam bahasa melayu (Spinal Instrumentation System in Surgical Treatment of adolescent idiopathic scoliosis)
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Sila rujuk kamus atau laman web kami untuk terjemahan perkataan tersebut. Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.
Penyemakan dan penterjemahan28.12.2023
12

Kembali ke atas