Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trén] | تريند

Definisi : (trénd) arah aliran (gerakan dsb), perkembangan rentetan kejadian (amalan dll) yg seolah-olah menuju ke suatu arah: laporan Bank Negara menunjukkan ~ pelaburan swasta yg menurun dr setahun ke setahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trend


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui penggunaan perkataan 'trend': i. Adakah 'trend turun naik' digunakan untuk semua jenis arah aliran? Contohnya; Tahun 2008 50% Tahun 2009 80% Tahun 2010 65% Ayat: Prestasi murid dalam peperiksaan menunjukkan trend turun naik. (Adakah ayat ini betul?) 2. Bolehkah saya menggunakan 'trend naik turun' untuk menggambarkan peratus pencapaian murid yang meningkat pada tahun 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 dan menurun pada tahun berikutnya?Perkataan trend bermaksud arah aliran, yang menunjukkan perkembangan atau pergerakan dan tidak semestinya berlaku turun naik. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku turun naik dalam sesuatu trend itu, maka boleh digunakan trend turun naik.Istilah15.06.2012
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia Istilah25.04.2008
maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend?Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan.Makna24.11.2010
Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk container gardening? Contoh: Container gardening is the new trend of urban gardeners who don't have any space in their home.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "container gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "gardening" ialah perkebunan dan istilah bahasa Melayu untuk "container" ialah bekas. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkebunan bekas atau perkebunan dalam bekas.Istilah18.02.2013
apa maksud paradimaParadigma ialah 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada satu ling­kungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).Makna27.08.2010
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALINGUtan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu  makna keduanya sejenis kera besar, mawas.Istilah28.05.2009
apa makna perkataan paradigma? boleh tolong terangkan.terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, paradigma bermaksud 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yg jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yg diterima sbg ~ yg universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pd sesuatu masa yg dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada; anjakan ~ peralihan paradigma drpd satu ling­kungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik).Tatabahasa07.09.2012
Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain22.10.2009

Kembali ke atas