Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri/] | تريک

Definisi : bp 1. tipu muslihat utk memperdayakan (mengakali dsb), helah: ada-ada saja ~nya utk mengelakkan diri drpd tugas yg berat itu; 2. teknik atau membuat sesuatu dgn cepat dan betul: kerja itu mudah dilakukan kalau kena ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tri/] | تريک

Definisi : Id, bp lori; ® trak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih.Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah.Tatabahasa03.07.2012

Kembali ke atas