Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.pod] | تريڤود

Definisi : alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb, kaki tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tri.pod] | تريڤود

Definisi : alat yg berkaki tiga utk meno­pang kamera, teleskop dsb; kaki tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tripod


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya kepada saya contoh2 kata hubung berpasangan?Saya tidak tahu halaman rujukan dalam Tatabasa Dewan. Dan jika saya layari Internet pula, ada pelbagai versi..bolehkah saudara"saudari senaraikan? Terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan carian di Internet disenarai beberapa kata hubung berpasangan seperti di laman web tripod.com/tata/khubung.htm">http://tatabahasabm.tripod.com/tata/khubung.htm, namun begitu perlu diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima pasangan kata hubung walupun...namun dan sungguhpun...tetapi sebagai gramatis.Tatabahasa21.03.2013
Minta terangkan maksud kaligrafi niski dan tulisan Arab bentuk kufi. Kalau boleh berikan contoh tulisan tersebut atau laman web yang ada. Terima kasih.

'Khat Nasakh' bukan 'Kaligrafi Niski' adalah salah satu jenis/bentuk tulisan khat Arab. Salah satu contoh khat ini saudara boleh dapati di dalam al-Quran mashaf Uthmani yang banyak di Malaysia sekarang ini atau layari laman web yang berikut: arabiccalligraphy.wordpress.com/category/khat-nasakh/

Khat Kufi juga merupakan salah satu jenis/bentuk tulisan khat Arab. Sila layari laman web berikut untuk maklumat lebih jelas: theone01.tripod.com/Calligraphy/kufi.htm

Lain-lain19.10.2009

Kembali ke atas