Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.via] | تريۏيا

Definisi : pelbagai fakta atau maklumat yg kurang penting tetapi menarik tentang subjek ter­tentu, terutamanya digunakan dlm sesuatu permainan atau kuiz: ~ sains, ~ sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trivia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru dengan istilah trivia.Mengikut maksud kamus dewan edisi keempat trivia ialah pelbagai maklumat atau fakta yang kurang penting tetapi menarik.boleh ke menggunakan perkataan trivia dalam siaran radio bagi menyampaikan info?memandangkan maksud trivia itu sendiri fakta atau info yg kurang penting.Sebagai contoh Trivia Sejarah (kemudian diselitkan info sejarah kemerdekaan negara). terima kasih.Pada pendapat kami, perkataan trivia tidak sesuai digunakan untuk menyatakan sejarah kemerdekaan. Sejarah kemerdekaan dianggap penting kerana banyak tarikh dan peristiwa yang berkaitan dengan kemerdekaan. Kami mencadangkan rancangan Trivia Sejarah boleh digantikan dengan Info Sejarah dan Peristiwa Sejarah.Tatabahasa18.07.2013
Apakah contoh trivia?saya kurang faham kerana trivia berkenaan info kurang penting

Trivia membawa maksud - pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.

Antara contoh trivia:

1.    Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan “merdeka” semasa “sambutan kemerdekaan” di Kuala Lumpur?

2.    Apakah warna Proton Saga yang telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1987?

3.    Apakah model kereta yang dinaiki oleh John F. Kennedy semasa beliau ditembak? 

Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu terutamanya soalan yang sama atau mengenai topik yang sama sebagai panduan.

Lain-lain10.08.2022
apakah contoh trivia? saya kurang faham kerana trivia berkenaan info kurang penting.

Trivia membawa maksud - pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.

 Antara contoh trivia:

  1.  Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan “merdeka” semasa “sambutan kemerdekaan” di Kuala Lumpur?
  2. Apakah warna Proton Saga yang telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1987?
  3. Apakah model kereta yang dinaiki oleh John F. Kennedy semasa beliau ditembak?

Lain-lain26.07.2022

Kembali ke atas