Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi & vt mengail tunda: he spent all morning ~ing for spanish mackerel, dia menghabiskan sepanjang pagi mengail tunda ikan tenggiri (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata troll


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah BM untuk "troll farm"? Jika tiada, bila DBP akan mencipta istilah terjemahannya? Carian Google yang memetik Oxford Languages, mentakrifkannya sebagai: an organization employing people to make deliberately offensive or provocative online posts in order to cause conflict or manipulate public opinion. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'troll farm' ialah kumpulan hasut maya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.08.2022
Assalamualaikum, Saya sedang membuat penyelidikan berkenaan 'Cyberbullying in Malaysia'. Persoalan saya: 1) Apakah istilah yang digunapakai oleh DBP dalam mendefinisikan 'cyberbullying' di negara kita? 2) Berdasarkan faktor apakah, definisi atau istilah tersebut dibuat oleh DBP dalam menterjemahkan 'cyberbullying'? 3) Selain daripada siber buli dan buli lisan, adakah DBP mempunyai istilah -istilah yang lain bagi mendefinisikan/menterjermahkan 'cyberbullying'? Terima kasih.

1)    Istilah yang digunakan ialah “pembulian siber”

2)    Istilah tersebut digubal oleh Jawatankuasa Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3)    Sehingga kini ini, tiada istilah baharu yang merujuk kepada “cyberbullying”. Namun terdapat istilah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan iaitu “hasut maya” atau troll.

Lain-lain27.02.2022

Kembali ke atas