apakah maksud konsep tropika? | Tropika bermaksud kawasan(negeri) yang letaknya berhampiran dengan garisan khatulistiwa (antara garisan Jadi dengan garisan Sartan). | Makna | 17.01.2010 |
Hutan Hujan Tropika kena guna huruf besar ke untuk setiap pangkal perkataan? | Hutan Hujan Tropika tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. | Tatabahasa | 14.11.2016 |
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih. | Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah). | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan) | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Tropical Villa | Vila Tropika | Ejaan | 04.11.2014 |
Saya perlukan maksud perkataan 'TROPICALISATION' dalam Bahasa Melayu. Saya telah cuba mencari di menu Carian Kata tetapi tiada. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang tropicalisation dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet tropicalisation membawa maksud menyesuaikan diri dengan keadaan tropika. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2015 |
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih. | VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. | Lain-lain | 22.11.2017 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Sulaiman Kaiat, saya ingin bertanya berhubung penggunaan perkataan 1."depoh" dan "depot" bila masa yang sesuai digunakan. 2. "Depoh Imigresen Pekan Nenas" atau "Depot Imigresen Pekan Nenas" terletak di Negeri Johor. Manakah perkataan yang lebih tepat. Saya mohon mendapat penjelasan yang dari pihak tuan. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim | Perkataan yang betul ialah depot. (Depot Imigresen Pekan Nenas) | Istilah | 14.12.2016 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |