| Tuan, Lanjutan daripada emel saya sebelum ini yang bertanyakan padanan yang sesuai bagi perkataan 'trust', bersama-sama ini saya lampirkan penggunaan perkataan 'trust' dalam penulisan membincangkan tentang koperasi. Perkataan tersebut berulang-ulang kali digunakan dengan banyak sekali. Mohon nasihat tuan. | Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial. Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat. | Makna | 24.08.2018 |
| Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "trust" dalam konteks komputer/teknologi maklumat? Contoh ayat: - You must enable full trust of our root certificate - Trusting the certificate will also prevent common performance issues with the software on your device. Terima kasih. | Perkataan trust dalam konteks komputer/teknologi maklumat berdasarkan ayat yang diberi, bermaksud kepercayaan. | Makna | 28.01.2022 |
| Salam Tuan, Saya mohon mendapatkan kata padanan bagi perkataan 'trust' yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi ayat-ayat yang dilampirkan. Saya juga ingin tahun samada perkataan 'trust' itu boleh digunakan tanpa menggantikan dengan perkataan dalam BM. Mohon nasihat tuan, terima kasih | Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial. Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat. | Makna | 24.08.2018 |
| Terjemahan "unit trust" adalah "saham amanah" ataupun "amanah saham"? Terima kasih. | Istilah yang betul untuk "unit trust" ialah amanah saham. | Istilah | 23.04.2014 |
| Salam tuan, Saya ingin bertanya tentang terjemahan "trust falls" dalam bahasa Melayu. Apakah padanan yang paling tepat? Terima kasih kerana memberikan maklum balas. | Dalam data kami, tiada istilah khusus bagi perkataan "trust falls" dalam bahasa Melayu. Sila nyatakan konsep dan bidang istilah tersebut supaya kami dapat memberi cadangan padanan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 28.07.2013 |
| Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai bagi ungkapan moto "In God We Trust" ke dalam bahasa Melayu? Berikut di bawah merupakan cadangan terjemahan daripada saya sendiri: a) Kami percaya/yakin pada Tuhan b) Dengan Tuhan yang kami yakini/percaya | Padanan bahasa Melayu untuk "In God we trust" ialah Kami percaya atau yakin dengan Tuhan. | Makna | 10.08.2021 |
| Apakah terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk: a) Statistics on Demand b) Services & Tools c) Connecting the World with Data We Can Trust Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan berikut ialah: a) Statistics on Demand: Statistik Atas Permintaan b) Services & Tools: Perkhidmatan dan Peralatan c) Connecting the World with Data We Can Trust: Menghubungkan Dunia dengan Data yang Dipercayai Walau bagaimanapun, padanan perkataan bahasa Melayu bergantung kepada penggunaan konteks dan ayat. | Makna | 18.08.2020 |
| Saya ingin mengetahui samada nama organisasi dalam bahasa malaysia yang dicadangkan sesuai and betul dari segi tatabasa dll. Kalau tidak, saya ingin dapatkan nasihat daripada DBP Nama dalam Bahasa Inggeris - UCSI University Trust Incorporated Name dalam Bahasa Malaysia yang dicadangkan - i) Perbadanan Amanah Universiti UCSI ii) Amanah Universiti UCSI Diperbadankan Sekian terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Amanah Universiti UCSI (Diperbadankan). | Istilah | 25.06.2013 |
| 1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust... | Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2017 |
| Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih. | 1. Simbol & perlu dieja penuh "dan". 2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan 3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan 4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan | Penyemakan dan penterjemahan | 26.01.2017 |