Azhar Mfa Aug 30th, 8:59pm saya dh lampirkan papan tanda tsb Lokasi susur masuk ke TBS terpampang papan tanda Pusat Bandaraya dan Lake Field Kenapa jadi begini? | Kami ambil maklum akan hal yang tersebut, walaupun tidak ada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 30.08.2014 |
hi, good days. I just need the help for the short forms like: ttg, dsb, tsb, Kd, bp. May I know where is the reference for these short forms? many thanks | Untuk makluman saudara, kependekan tersebut terdapat di halaman li di dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Kependekan tersebut terakam di dalam semua Kamus Dewan terbitan DBP. Saudara disarankan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam pertanyaan Khidmat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
saya amat meminati bidang penterjemahan dan ingin mengikuti kursus tersebut.bila di google perpapar DBP tetapi bila dilayari laman webnya, tiada info ttgnya.DBP ada tawarkan kurus tsb?Bila, di mana dan berapa kosnya?saya fasih bhs ingg. dan jg bhs melayu dan merupakan seorg guru di sek menengah di shah alam.harap dpt membantu.terima kasih. | Kursus penterjemahan secara insentif ditawarkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) melalui talian 03-4149 7210 atau Persatuan Penterjemah Negara (PPM)-(03- 21424381)/Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia. DBP menawarkan Kursus Penataran Bahasa Melayu: Bahasa Melayu dalam Penterjemahan, dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puan Faridah Ab. Rahman melalui talian 03-2147 9220 (Akademi DBP). | Lain-lain | 29.01.2014 |
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"? | Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu: menjana منجان kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari. 2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan. 3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul. menjanakan منجاناكن kt [psf: dijanakan, janakan] menjana; | Lain-lain | 10.06.2021 |
Apa beza perkataan 'dakwaan' dengan 'pendakwaan'? Berikan makna dan contoh ayat untuk kedua-duanya sekali. | Merujuk kepada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), memang ada perbezaan antara pendakwaan dengan dakwaan, iaitu: pendakwaan ڤندعواءن n proses atau perbuatan mendakwa, mendakwai atau mendakwakan: Pendakwaan akan dilakukan thp premis-premis yg melanggar akta tsb.tMaka perkara hutang piutang, pendakwaan dsb diputuskan menurut adat istiadat negeri.tMereka marah sekali krn pendakwaan itu tidak beralasan. dakwaan دعواءن n 1 tuduhan, tuntutan, aduan dsb yg dikemukakan di mahkamah utk dibicarakan: Syarikat kenderaan itu diputuskan tidak bersalah atas dakwaan cuai. 2 hal atau perkara yg didakwa benar oleh sso atau sst pihak: Saiful menyiasat dakwaan orang mengenai isterinya. Dakwaan bahawa terdapat banyak kesalahan dlm perjanjian itu tidak munasabah sekali. | Lain-lain | 09.06.2021 |
Tuan, Menurut kamus dewan, bersemuka bermaksud berhadapan. Dalam situasi pandemik sekarang, adakah bersemuka boleh diambil kira secara dalam talian? Atau bersemuka mesti dengan kehadiran secara fizikal. Terima kasih. | Saya merujuk kepada takrif "bersemuka" dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) iaitu: bersemuka ktt 1 bertemu atau berjumpa dgn sso atau sst pihak secara berhadapan-hadapan utk berbincang, bertukar-tukar pandangan dsb: Masalah tsb pasti dapat diselesaikan dgn baik sekiranya kedua-dua pihak bersemuka.Azlan memberanikan dirinya utk bersemuka dgn ketuanya.Ibu bapa perlu bersemuka dgn pihak sekolah jika ada sebarang masalah. 2 ... Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa "bersemuka" melibatkan pertemuan atau perjumpaan secara fizikal, bukan secara dalam talian. | Lain-lain | 28.05.2021 |
Apakah beza antara doktor biasa dan doktor falsafah | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), terdapat perbezaan makna antara kata doktor dengan doktor falsafah, iaitu: doktor n 1 orang yg memiliki ijazah dlm bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, spt merawat orang sakit: Pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah pd pangkal rahim. 2 gelaran atau panggilan bagi orang yg mempunyai kelayakan utk mengamalkan perubatan atau mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Dia teringat pd Doktor Rashid di Fakulti Perubatan.tBolehkah doktor terangkan apakah cara utk merawat penyakit tsb? 3 orang yg mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Doktor Bahasa dan Kesusasteraan; doktor falsafah ijazah tertinggi yg diberikan kpd sso siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drp para profesor. | Makna | 24.08.2023 |
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih. | Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah: seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik] n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI. berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah. tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr] n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng; porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb; berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin. Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan. Terima kasih. | Makna | 22.03.2023 |
Kami amat berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan itu dengan kadar segera. Soalan saya, Ayat di atas sering ditemui dalam Khidmat Nasihat. Apakah golongan kata "Berharap" di situ>? Adakah sebagai kata kerja atau kata adjektif yang boleh menerima kata penguat "amat" kerana semua sedia maklum bahawa kata penguat hanya bergandingan dengan kata adjektif. | 1. Golongan/kelas kata bagi "berharap" dalam ayat tersebut ialah kata kerja tak transitif. 2. Golongan/kelas kata bagi "amat" dalam ayat tersebut ialah kata adverba. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 74) amat1 pgt 1 digunakan utk menguatkan kualiti tertentu yg terkandung dlm kata adjektif dan kedudukannya bebas sama ada di hadapan atau di belakang adjektif; sangat: Batuk ayah amat keras bunyinya. ♦Dia letih amat dan lapar benar sekarang. 2 digunakan utk menunjukkan darjah perbandingan yg penghabisan bagi sst kata yg mengikutinya; paling; sangat: Rancangan itu dirasakan amat baik sekali.♦Malam itu wajahnya amat tenang sekali. adv 3 digunakan utk menegaskan maksud perbuatan yg terkandung dlm kata kerja dan kedudukannya di hadapan kata kerja tsb; sangat: Swee Ling amat mengharapkan bantuan Jalal utk mengangkat meja itu.♦Pd saat begini dia amat memerlukan sokongan anaknya itu. Penggunaan sesuatu kata dalam ayat menentukan kelas katanya. | Tatabahasa | 17.05.2023 |
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut: ber- (be-, bel-) awalan 1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan; 2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji; 3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan; 4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur; Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana. | Lain-lain | 24.06.2021 |