wacana - ttg analisis keputusan SPM | Boleh digunakan | Lain-lain | 21.04.2007 |
terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke? | Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Reaksi DBP ttg persoalan - Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Aug 13th, 6:33pm Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. Terima kasih Soalan lanjutan : Chit Watt Aug 13th, 6:46pm Ya. Maka dari contoh Johor Bahru, ia telah menggunakan ejaan yang salah, benar? Kalau ya, ia harus dibetulkan untuk elak kekeliruan yang berpanjangan dan berterusan. | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. | Ejaan | 15.08.2014 |
Salam sejahtera, Saya masih keliru dengan pengunaan RAMAI dan BANYAK dalam ayat yang merujuk kepada manusia. Masalah ke-2 saya, penggunaan "kk" dan "k". Walaupun saya tahu ttg. penjelasanmya:"kk" digunakan merujuk kepada kata kerja. Namun saya tidak jelas ttg yg bukan kata kerja. Sebab, saya "nampak" hampir semua yg berkaitan dgn kk dan k adalah kata kerja. Sekian, terima kasih. | Ramai dan banyak boleh digunakan untuk merujuk manusia. Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan -kan dan meN -kan dengan imbuhan -an, peN - an dan ke-....an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan-kan dan -an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Oleh itu, lazimnya penggunaan kk ialah pada kata kerja berimbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.08.2009 |
Salam. Ingin bertanya ttg istilah kata-kata berikut. Apakah yang boleh kita golongkan kata-kata tersebut? - kalau takut, jangan berani-berani, kalau berani , jangan takut-takut. - terima kasih. | Kata-kata tersebut hanya ungkapan biasa tetapi tidak ditulis dengan sempurna/ tidak lengkap. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
saya nak tanya ttg Dialek.. Apakah Perbezaan dialek dari segi sebutan, kata ganti nama diri dan juga kosa kata... terutama bagi dialek utara, kelantan, terengganu dan negeri sembilan... terima kasih | Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, atau disebut loghat. Soalan yang berbentuk tugasan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, sila rujuk buku/makalah/kerja kerja yang berkaitan dengan tajuk tugasan tersebut. | Lain-lain | 07.03.2012 |
saya ingin bertanya ttg hukum jamak perkataan.Bolehkah kita mengunakan perkataan seperti ciri-ciri, agensi-agesi,maklumat-maklumat atau yang sama erti dengannya.terima kasih | Boleh menggunakan perkataan jamak asalkan tidak menunjukkan unsur lewah, seperti "senarai barang-barang yang perlu dibeli". Dalam contoh yang dinyatakan di atas tidak salah menggunakan perkataan jamak, walau bagaimanapun menggunakan perkataan tunggal seperti ciri, agensi dan maklumat telah memadai dan boleh membawa makna jamak jika disesuaikan dengan konteks sesuatu ayat. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
Bagaimanakah saya hendak rujuk ttg pgunaan kata2 alu-aluan utk ucapan. | Untuk makluman puan, sebelum membuat kata alu-aluan, puan hendaklah mengetahui tetamu jemputan. Setiap tetamu mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang bersesuaian dengan pangkat. Puan boleh merujuk laman sesawang prpm.dbp.gov. my untuk carian kata sapaan/alu-aluan yang bersesuaian dengan pangkat tetamu tersebut atau untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Lain-lain | 12.10.2022 |
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang. | Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
Salam.saya inginkan kepastian ttg istilah yg dgunakan ini.Yg manakah lebih tepat sama ada penggunaan Kolokium Ilmuan @Kolokium Ilmuwan?dan apakah yg membezakannya?mohon penjelasan dr pihak tuan dengan sejelasnya.Teima kasih. | Frasa dan ejaan yang betul ialah Kolokium Ilmuwan. Di bawah tajuk Pembentukan Kata Baharu (Tatabahasa Dewan, halaman 307), ... akhiran -wan akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas .... Contohnya: ilmu + wan menjadi ilmuwan dan budaya + wan menjadi budayawan. | Tatabahasa | 07.09.2011 |