Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih - | 1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah. 2. Perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.10.2010 |
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni? | Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-num-an 2. per-tu-kar-an 3. ha - di - ah Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-nu-man 2. per-tu-ka-ran 3. ha-diah | Ejaan | 04.10.2013 |
lysosme tu ape...... kalau x silap in Bm is LISOSOM kimia atau dlm pelajaran BIO???? fungsi dan defenisi lisosom pls.... | Padanan bahasa Melayu bagi "lysosome" ialah lisosom. Istilah ini digunakan dalam bidang kimia. | Istilah | 27.10.2006 |
boleh tanya adakah "bakat" tu boleh disemai kerana setahu saya bakat tu ialah kebolehan semulajadi. Terima kasih. | Berdasarkan rujukan kami bakat bermaksud kebolehan semula jadi, untuk maklumat yang lain dan lebih terperinci sila rujuk buku/makalah yang membincangkan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 22.04.2010 |
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!" | Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke? | Salam sejahtera, Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah. Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel. Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar) | Ejaan | 04.11.2012 |
Salam min. Ikhlas dengan jujur tu maksud dia sama ke? Kalau kita nak buat ayat seseorang itu ikhlas tu adakah bermaksud dia kena jujur? | Ikhlas dan jujur mempunyai maksud yang sama iaitu dalam keadaan yang rela tanpa ada maksud yang terselindung atau tanpa tipu daya. (menurut Kamus Dewan Perdana, muka surat 808 dan 916) Untuk soalan kedua, jawapannya bergantung kepada individu. | Makna | 03.07.2024 |
saya mahu buat iklan untuk klinik saya. Dalam iklan tu ada ayat "ultrasound 2d percuma". Macamana saya nak jawikan ayat tu, minta tunjuk ajar sikit. | Sila rujuk ejaan Jawi bagi frasa "ultrasound 2d percuma" dalam lampiran di bawah.
| Lain-lain | 13.01.2022 |
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? (1) "Tengok tu, asal nampak saja auntie mulalah dia masuk dan memerap di bilik." (2) "Tengok tu, asal nampak auntie saja mulalah dia masuk dan memerap di bilik." | Ayat kedua lebih baik daripada ayat pertama. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke? | Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan. | Lain-lain | 06.06.2016 |