Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, adakah perkataan"bisa" yang bermaksud (boleh) termasuk dalam Bahasa Melayu? Sebab saya tengok banyak lirik lagu Malaysia sekarang pakai perkataan tu, itu bahasa Melayu atau bahasa Indonesia? Sekian Terima Kasih...

Perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” berasal daripada bahasa Indonesia. Namun makna perkataan bisa yang membawa maksud “boleh” juga terakam dalam kamus dengan penanda Id yang membawa maksud perkataan yang berasal daripada bahasa Indonesia.

Lain-lain06.06.2022
Salam sejahtera, Mengenai slanga, adakah bahasa kependekan (bp), tergulung di dalam kategori ini? Bolehkan, ni (ini), tu (itu) dll dianggap sebagai slanga? Bagaimana pula dengan perkataan okey? Adakah ianya dianggap sebagai slanga? Saya juga ingin tahu sama ada perkataan slanga, apabila digunakan dengan partikel "lah", perlukah ia disambungkan? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).

Ni, tu dan okey dianggap sebagai slanga kerana hanya digunakan dalam bahasa percakapan tidak rasmi. Okey dalam bahasa rasmi ditulis baiklah.

Bagi semua perkataan yang ditulis dengan partikel “lah”, hendaklah dieja bersambung (nilah, tulah). Walau bagaimanapun, ayat yang gramatis ialah inilah dan itulah.


Istilah17.04.2020
Salam min. Ikhlas dengan jujur tu maksud dia sama ke? Kalau kita nak buat ayat seseorang itu ikhlas tu adakah bermaksud dia kena jujur?Ikhlas dan jujur mempunyai maksud yang sama iaitu dalam keadaan yang rela tanpa ada maksud yang terselindung atau tanpa tipu daya. (menurut Kamus Dewan Perdana, muka surat 808 dan 916)

Untuk soalan kedua, jawapannya bergantung kepada individu. 
Makna03.07.2024
1. (terjebak dalam/ terjebak dengan) Manakah satu yang betul? 2. Adakah "merubah" sama dengan "mengubah" dan bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang sama? 3. Apakah perbezaan antara "tatkala" dengan "apabila"? 4. (berpusu-pusu/ berduyun-duyun/ berbondong-bondong) Apakah perbezaannya? Bolehkah anda berikan contoh ayat untuk setiap perkataan? Selain itu, kalau boleh, berikan sebab-sebab anda memilih jawapan anda. Terima kasih saya ucapkan.

1. Kedua-duanya boleh digunakan pada maksud yang sesuai.

2. Ya, boleh. Kerana antara makna merubah ialah 'mengubah'.

3. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), wakdontu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala

4. kesemuanya membawa maksud yang sama.

Lain-lain07.08.2009
Sarikata merupakan penterjemahan ucapan yang dikatakan oleh individu di dalam filem. Adakah sarikata perlu ditulis menggunakan ayat dan perkataan formal? Bolehkah jika perkataan tersebut disingkatkan seperti: sahaja=je, tetapi=tapi, bukan=kan, mengapa=kenapa, tidak=tak ini=ni, itu=tu?

Sari kata ialah terjemahan dialog daripada filem asing yang terdapat pada bahagian bawah skrin. (Rujukan: Kamus Pelajar Edisi Kedua). Sari kata bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas kepada penonton yang tidak memahami bahasa sumber sesebuah dialog. Oleh sebab itu, sari kata perlu menggunakan bahasa yang standard, betul dan tepat bagi menyampaikan sesebuah kandungan atau idea asal. Penggunaan singkatan atau slanga dielakkan bagi mengurangkan ketidakfahaman khususnya jika terdapat perbezaan latar belakang penonton. Contohnya, dialog yang menggunakan loghat akan diterjemahkan ke bahasa yang formal untuk pemahaman semua lapisan masyarakat, sekali gus menjadi medium yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi.

Lain-lain11.06.2020
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
Salam Sejahtera. 1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'? 2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (') 3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak? Terima kasihSalam sejahtera,

1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.
2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan.
3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. 
Tatabahasa23.09.2015
Simpan piala itu di mana yang kamu rasa sesuai. Penggunaan 'di mana' dlm ayat tu betul ke tidak?Perkataan "di mana" dalam ayat tersebut kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah "di mana-mana tempat".Tatabahasa11.03.2015
Adakah cilawagi itu lebih tua dari cakawari, ataupun membawa maksud yang sama? Saya perlukan istilah kepada dua generasi yang lebih tu, adakah cadangan perkataan yang sesuai?Cakawari ialah datuk kepada moyang (mengikut tertib anak, bapa, datuk, moyang, buyut, cakawari), cilawagi.

Cilawagi pula ialah nenek moyang tingkat yang kelima, datuk kepada moyang (orang tua, datuk, moyang, buyut, cilawagi), cakawari.

Daripada takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut adalah sama makna menurut Kamus Dewan Edisi Empat.
Makna12.12.2013
1) betulkah ayat ini (mereka tu orang Asli ke mama?)Ayat yang betul ialah Mereka itu orang aslikah mama?Tatabahasa17.01.2011
1234

Kembali ke atas