Apa beza antara "tuak" dan "todi"? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tuak bermaksud sejenis minuman keras yang dibuat daripada nira (kelapa, enau, dan lain-lain). Todi pula bermaksud sejenis minuman yang memabukkan (dibuat daripada nira nyiur yang dimasamkan). | Makna | 31.05.2012 |
Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan perkataan "untuk" sebagai kata sendi atau sebagai kata hubung pancangan keterangan? mohon berikan contoh ayat bagi memudahkan pemahaman. | Kata sendi nama untuk digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan. Manakala untuk sebagai kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada klausa utama. Contoh ayat untuk sebagai kata sendi ialah “Baju kurung itu untuk adik”. Contoh ayat sebagai kata hubung ialah “ Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak”. Perbezaan yang jelas ialah kata untuk sebagai kata hubung harus menghubungkan dua klausa, iaitu klausa keterangan dengan klausa utama (nira dikumpulkan, dibuat manisan dan tuak), manakala, kata untuk sebagai kata sendi ialah boleh terdiri daripada hanya satu klausa sahaja dan digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. | Tatabahasa | 12.07.2018 |
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen? | 1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar). | Tatabahasa | 09.09.2008 |
Bolehkah Kata Hubung Pancangan digunakan pada hadapan ayat? Sekiranya boleh, berikan contoh penggunaan kata hubung tersebut. Terima kasih. | Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak". | Tatabahasa | 23.08.2013 |
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan | Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak". | Tatabahasa | 11.08.2008 |