Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuan] | توان

Definisi : 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhan­nya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan meng­anggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kera­jaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuan] | توان

Definisi : 1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. 2 panggilan bagi wanita bangsawan (spt puteri raja): ~ puteri. 3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg di­lawan bercakap: ~ hendak ke mana? 4 yg empunya; pemilik: Siapa ~ kedai ini? 5 orang tempat seseorang meng­hambakan diri; lw hamba: ~ saya baru saja keluar. ~ rumah a. pemilik rumah. b. orang yg meraikan tetamu. tuan-tuan sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak te­rima kasih atas kerjasama ~. bertuan ada tuannya atau ada pemiliknya; mem­­­punyai penguasa: Rumah ini belum ~ lagi. bertuankan menerima atau mengakui seseorang sbg tuan. menuani berlaku sbg tuan terhadap (sesuatu atau seseorang); menguasai; memiliki. menuankan menjadikan sbg tuan; memanggil tuan kpd orang yg dilawan berbicara. ketuanan hak memerintah; kekuasaan: Kublai Khan mendesak Singhasari menerima ~ Mongol. pertuanan 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. dipertuan dimuliakan. Yang di-Pertuan Agong ketua negara Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Semalam ada mimpiku tuan,
     Mimpi kelapa patah tandan;
Semalam ada mimpiku tuan,
     Tuan kuriba sebelah tangan.


Lihat selanjutnya...(671)
Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon pencerahan mengenai penggunaan ayat tuan-tuan dan puan-puan di pertengehan ayat. T untuk Tuan dan P untuk Puan perlu huruf besar atau kecil.Penggunaan tuan-tuan dan puan-puan di tengah-tengah ayat boleh digunakan. Ejaan tuan atau puan pula perlu menggunakan huruf besar sekiranya di permulaan ayat, jika di tengah-tengah atau akhir ayat perlu menggunakan huruf kecil.Tatabahasa13.06.2019
Tuan, Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kini, dah ada orang sediakan baju baru untuknya. Permainan terbaru di Internet? Maklum balas dari tuan sangat dihargai. Terima kasih.Ayat yang betul 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya.
2. Ini permainan terbaharu di Internet.
Lain-lain04.06.2020
Assalamualaikum Tuan.. Tuan, saya nak tanya satu perkara. Terma yang digunakan dalam bahasa melayu bagi perkataan bahasa inggeris 'Grit'. Contoh ayat: She has a reputation for grit and common sense. Terima kasih tuan..Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud grit ialah kersik atau grit.Makna07.09.2018
Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan, Saya ingin bertanya mengenai apakah penterjemaan yang betul dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Resourceful" Contoh ayat - As a business owner, you need to be resourceful. Terima Kasih,

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, “resourceful” bermaksud pintar. Maka, padanan lain yang juga tepat untuk menggambarkan “resourceful” dalam bahasa Melayu ialah bijak, pandai, cerdik atau cerdas (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan)

Penyemakan dan penterjemahan22.11.2019
Tuan/Puan, mohon pihak tuan merujuk gambarajah yang disertakan. di sini saya ingin tahu berapa lama tempoh kelulusan diperlukan. terima kasih atas kerjasama pihak tuan.Salam sejahtera,

Tuan,

Untuk makluman tuan, bagi permohonan pengesahan bahasa dalam talian, proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Tempoh ini terpakai bagi iklan kemas kini juga.

Namun, hasil semakan, iklan tuan telah selesai diuruskan.
Sila semak kelulusan iklan melalui laman web DBP Sah Bahasa.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.09.2019
Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasihDalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Tatabahasa22.11.2019
Tuan, bolehkah tuan terangkan perbezaannya antara senyum dan tersenyum? mengapakah dia senyum lebar salah? perlu dia tersenyum lebar? terima kasih.

Dalam Kamus Pelajar tersenyum bermaksud  melahirkan rasa gembira dan lain-lain dengan memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit). 

Senyum pula bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara.
Klausa tersenyum lebar lazim digunakan berbanding senyum lebar. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa16.07.2020
Assalamualaikum tuan, maaf kerana mengganggu tuan. Saya Nor Atika dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya, pendapat berkaitan dengan penjodoh bilangan. Boleh ke tuan? Saya bersama rakan-rakan saya membuat inovasi berkaitan dengan penjodoh bilangan. Saya ingin meminta pendapat tuan, bagaimana kami ingin menentukan penjodoh bilangan untuk peralatan dalam makmal seperti kelalang kon, bikar, termometer dan sebagainya. Adakah kaedah untuk menentukan penjodoh bilangan untuk perkara seperti itu ya tuan? Dengan ini , saya lampirkan bersama contoh perlatan untuk menentukan penjodoh bilangan yang. Terima kasih tuan atas bantuan tuan.
Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan.
Tatabahasa05.04.2020
salam tuan/puan. apa perkembangan mengenai soalan sebelum ini tuan/puan? kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Berdasarkan carian dalam data kami, soalan tuan berkaitan untuk mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini telah dijawab pada 26 Februari 2020. Cadangan pihak kami, tema “climate action” bersempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Lain-lain25.02.2020
selamat petang tuan, minta tolong tuan, sila luluskan papan iklan saya..sebab Pegawai MBJB tidak benarkan saya berniaga tanpa kelulusan dari pihak tuan, sila luluskan papan iklan saya secepat mungkin, sudah 3hari saya hantar permohonan saya...ribuan terima kasih kepada tuan....Sila nyatakan No. Permohonan iklan anda bagi memudahkan semakan kami.Lain-lain02.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas