Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuan/puan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasihDalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Tatabahasa22.11.2019
Askum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, 1) mohon pencerahan tentang penggunaaan perkataan 'perwujudan' @ 'pewujudan' @ 'mengwujudkan' Contoh ayat : Cadangan untuk perwujudan/pewujudan/mengwujudkan perjawatan gred u40 di jabatan ini (adakah ayat ini betul @ tidak?) 2) panggilan Tuan/Puan dlm ayat surat rasmi kerajaan di pertengahan ayat..adakah huruf besar di awal perkataan @ kecil.. Contoh ayat : Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan @ tuan/puan amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.
1. Ejaan yang betul ialah pewujudan.
2. Perkataan tuan/puan ditulis dengan huruf kecil pada pertengahan ayat. 
Tatabahasa19.04.2021
salam tuan/puan. apa perkembangan mengenai soalan sebelum ini tuan/puan? kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Berdasarkan carian dalam data kami, soalan tuan berkaitan untuk mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini telah dijawab pada 26 Februari 2020. Cadangan pihak kami, tema “climate action” bersempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Lain-lain25.02.2020
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan perkataan ossicone dalam bahasa Melayu? Bolehkah saya terjemahkan sebagai osikon. Untuk pengetahuan tuan/puan, osikon ini nama bagi tanduk zirafah. Moga pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan dengan kadar segera. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama tuan/puan. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi ossicone ialah osikon.Istilah27.09.2019
Assalamualaikum tuan/puan. Salam hormat dari saya☺️ Saya ingin bertanya bolehkah jika saya ingin bekerjasama atau secara jelasnya ingin mengisi ruang dalam majalah tuan/puan dengan mengirimkan karya penulisan seperti cerpen, artikel dan bentuk penulisan lainnya di majalah seperti majalah dewan bahasa, tunas cipta, dewan sastera dan majalah lainnnya yang berada di bawah DBP? Jika tuan /puan membenarkan, bagaimanakah langkah yang seharusnya saya lakukan untuk proses berikutnya. Terima kasih yang tak terhingga atas jasa baik tuan/puan untuk maklum balas ini☺️Penghantaran karya ke majalah DBP Tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk menghantar artikel untuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tuan/puan boleh memilih tema penulisan yang bersesuaian dengan jenis majalah. Tuan/puan boleh menghantar artikel kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, razali3@dbp.gov.my atau Timbalan Ketua Editor Bahagian Majalah, naimahyusof@dbp.gov.my untuk penilaian. Sekian, terima kasih.Lain-lain13.08.2020
Assalamualaikum, Tuan/Puan, Dimohon kerjasama tuan/puan untuk menyemak penggunaan serta maksud Chicken Manure dalam buku, jurnal serta laporan yang berbahasa Melayu, sama ada najis ayam, tahi ayam ataupun sisa ayam. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah chicken manure ialah baja tahi ayam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.12.2023
Bagaimanakan cara yang betul untuk penggunaan frasa Tuan/Puan di dalam surat rasmi samada huruf besar atau huruf kecil (tuan/puan)Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Ejaan20.04.2022
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit.
Makna21.02.2019
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon khidmat nasihat tuan / puan, yang manakah penggunaan ayat yang tepat: 1. Borang Akuan Sijil Cuti Sakit; atau 2. Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit. Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud akuan ialah segala sesuatu yang diakui manakala perakuan bermaksud hasil atau hal memperakukan. Maka ayat yang betul ialah Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit
Tatabahasa21.02.2019
Selamat sejahtera, tuan/puan. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya sedang melaksanakan kajian tinjauan mengenai saiz kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun lima sekolah rendah. Berdasarkan penelitian saya terhadap kajian-kajian lepas dalam talian, saya mendapati bahawa instrumen untuk menguji saiz kosa kata pelajar bahasa Melayu tiada. Jika dibandingkan dengan sistem pembelajaran bahasa Inggeris, ‘Vocabulary Level Test’ telah lama diwujudkan untuk mengukur tahap perbendaharaan kata pelajar bahasa Inggeris. Atas kekangan kekurangan instrumen yang berkesahan dan berkebolehpercayaan tinggi, kajian saya sukar untuk diteruskan. Untuk ini, saya berharap agar pihak tuan/puan selaku agen pemartabatan bahasa Melayu dapat menyediakan ujian yang berkenaan bagi mempermudah pelaksanaan kajian saya di samping memanfaatkan para pelajar bahasa pada masa akan datang. Andai kata terdapatnya kesilapan dan kekurangan dalam hasil carian saya, mohon pihak tuan/puan dapat memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya kepada saya. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.Pihak kami mengambil maklum dan menyambut baik cadangan tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa mengalu-alukan sebarang kajian ilmiah yang akan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu, terutamanya dalam kalangan pelajar. Untuk makluman, Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP sentiasa melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk memantapkan korpus bahasa Melayu.  Namun, bagi sebarang bentuk ujian atau kajian lanjut yang melibatkan para pelajar lazimnya akan dilaksanakan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.Lain-lain14.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas