Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, Lau | Perkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang kata ganti diri nama untuk tuanku, adakah tuanku hanya digunakan untuk raja? Bagaimana pula dengan putera? Contohnya, jika pembantu bercakap dengan putera, kata ganti nama diri adalah patik dan tuanku? Jika raja dan putera terlibat dalam perbualan, maka apakah kata ganti diri nama untuk membezakan kedua-duanya? Terima kasih. | Apabila Tuanku berdialog dengan anaknya, kata ganti diri untuk keluarga diraja biasanya menggunakan sapaan anakanda dan ayahanda. Manakala kata ganti diri raja dan putera raja ketika berdialog dengan pembantu ialah beta dan pembantu pula menggunakan kata ganti diri patik. | Istilah | 21.08.2017 |
Dalam jenis karangan autobiografi, bolehkah tuan aku diringkaskan menjadi tuanku.Contohnya, Tuanku menjaga aku dengan kasih sayang. Terima kasih | Untuk makluman, tuan aku tidak boleh diringkaskan kepada tuanku kerana bermaksud tuan yang mulia (dalam percakapan dengan raja). | Tatabahasa | 14.03.2017 |
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara: 1. Penggunaan 'almarhum' yang tepat Contoh: Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atau al-marhum Tuanku Jaafar ibni al-marhum Tuanku Abdul Rahman 2. Penggunaan koma atau "spacing" untuk nombor Contoh: 2 000 atau 2,000 dan adakah ia sama sama ada untuk penggunaan harga atau jumlah orang? 3. penggunaan huruf besar untuk kata hubung Contoh: Senarai Negeri Yang Pernah menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Malaysia atau Senarai Negeri yang Pernah menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia? Adakah penggunaan yang perta(huruf besar untuk awalan kata hubung dibenarkan di dalam penulisan?) Sekian sahaja soalan saya untuk kali ini. Terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah "Almarhum" 2. Kedua-duanya dibenarkan. 3. Awalan kata sendi nama hendaklah ditulis dengan huruf kecil, contohnya Senarai Negeri yang Pernah Menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
Salam sejahtera, Ayat yang mana satu betul penggunaan tanda bacanya ? 1. Ampun tuanku. 2. Ampun, tuanku. Sekian, terima kasih. | Contoh penulisan yang ada ialah "ampun tuanku". | Tatabahasa | 25.02.2016 |
Perkataan "Tuanku" adalah sesuai digunakan dalam karangan autobiografi? Contohnya, Aku sebuah computer riba. Tuanku menjaga aku dengan baik. "Tuanku" dalam ayat itu adakah betul? atau perkataan ini mesti dipisahkan menjadi "tuan aku"? | Tuanku digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan. Dalam konteks yang diceritakan, penggunaan yang betul ialah "tuan aku". | Tatabahasa | 28.02.2014 |
salam sejahtera, sila beri tunjuk ajar berkenaan soalan di bawah, "........ berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung. jawapannya, A. Patik B. Tuanku C. Beta D. Beliau jawapan yang diberi ialah B. Tuanku tetapi, mengikut definasi Kamus Dewan, tuanku bermaksud, " yang mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti diri kedua bagi raja atau sultan." Pada pendapat saya, kata ganti diri ketiga patut diguna, yakni Baginda | "Tuanku berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung kerana tuanku ialah kata ganti nama diri ketiga dalam ayat tersebut. Pegawai istana - kata ganti nama diri pertama, Temenggung - kata ganti nama diri kedua dan Tuanku - kata ganti nama diri ketiga. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
1) kata ganti nama diri ringkas "ku" boleh digunakan di awal dan akhir perkataan. Contoh: Kubaca Ibuku Soalan saya: Bolehkah perkataan tuan aku menjadi tuanku dalam ayat?Tidakkah penggunaannya mengelirukan kita?Seperti kita ketahui tuanku ialah gelaran untuk raja. | Tuanku bermaksud tuan yg mulia (dalam percakapan dengan raja), oleh itu kita tidak menggunakan tuanku untuk yang selain daripada raja dan boleh digantikan dengan majikanku, pegawaiku dan sebagainya. | Tatabahasa | 20.12.2008 |
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi ayat berikut: Dewan Agong Tuanku Canselor atau Dewan Agung Tuanku Canselor. Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'Agong' dan 'Agung'. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Dewan Agung Tuanku Canselor, Agong khusus kepada Yang di-Pertuan Agong. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja? | Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan. | Tatabahasa | 27.10.2015 |