"Di bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa..." atau "Bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa..."? Benarkah tatabahasa 'di bawah" atau patutkah saya menggunakan 'bawah' sahaja? | Ayat yang betul ialah “Di bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa ...” | Tatabahasa | 04.12.2023 |
Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. | Lain-lain | 19.02.2010 |
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih. | tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka; | Makna | 30.10.2007 |
Pihak DBP Saya ada soalan dan kemusykilan.. Netizen indonesia skrg giat mnuduh Malaysia Menyalin@ mencuri 62 000 kosa kata bahasa indonesia.. Tuduhan ini mmg Sgt mnyakitkan.. Sy pd mulanya Cuba utk mempertahankan maruah bahasa melayu malaysia dgn berhujah dgn netizen seberang tpi mreka punya fakta Dan akhirnya sy juga hanya mampu diam.. Sy juga tak sgka bnyak perkataan indonesia dlm kamus melayu dbp sehingga seperti mengiyakan tuduhan Malaysia mencuri kosa kata bahasa indonesia.. Tambah memburukkan keadaan bila ramai rakyat kita juga terikut ikut menulis dalam bahasa indonesia.. Di sekolah juga murid2 sekolah l lancar berbahasa indonesia.. Hal ini harus dibimbangkan kerana bahasa adalah salah satu lambang kedaulatan negara.. Apakah lngkah2 yg boleh Di lakukan utk mngatasi isu dan masalah2 ini? Sekian terima kasih | Untuk makluman tuan, soalan tuan telah disalurkan kepada Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pegawai Bahagian Perkamusan akan menghubungi tuan melalui e-mel atau panggilan telefon untuk memberikan penerangan lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2024 |
saya seorang pembantu tadbir yang sedang bertugas di sebuah sekolah cina di ipoh. saya ingin mengetahui apa ertinya perkataan 'tomahan'. dan sekiranya boleh, buat satu ayat yang menggunakan perkataan ini supaya saya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. ada orang yang kata tomahan itu tuduhan, saya agak keliru. diharap mendapat penjelasan daripada tuan. sekian, terima kasih | tohmahan bermaksud tuduhan yangg berdasarkan syak wasangka atau tuduhan yang melulu contoh ayat Dia tidak terlepas daripada tohmahan mereka. | Tatabahasa | 30.10.2007 |
"Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan." 1. Berdasarkan ayat di atas, adakah penggunaan kata "tugasan" betul? jika tidak, mengaoa? 2. Adakah terdapat apa apa kesalahan tatabahasa yang lain? | Ayat yang betul ialah “Beliau berkata fasal tersebut sekali gus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada pelanggan malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi daripada tuduhan yang tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugas.” | Tatabahasa | 20.04.2024 |
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
| Tatabahasa | 30.04.2013 |
Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat. | Makna | 30.04.2013 |
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. | 1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini. 6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini. Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi memastikan kesejahteraan pekerja sosial di negara ini dan status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini. Selain daripada itu, Nancy berkata RUU PKS juga akan memperuntuk penubuhan jawatankuasa siasatan yang akan membolehkan siasatan terperinci dijalankan ke atas setiap aduan diterima. Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan. Menjawab status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini, Nancy berkata hasil dapatan pelbagai sesi libaturus berterusan, draf RUU tersebut memerlukan beberapa penelitian khusus termasuk melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU itu setelah diluluskan kelak. | Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Tatabahasa | 05.05.2024 |