Saya ingin mengetahui tentang tugas, peranan dan tanggungjawab seorang editor di dalam sesebuah penerbitan | Saudara, Dalam sesebuah penerbit, tugas, peranan dan tanggungjawab seseorang editor itu bergantung pada kerja yang dilakukan oleh mereka. Maksudnya, editor itu sendiri terdiri daripada beberapa kategori, contohnya, Ketua Editor, Editor Kanan, Editor Perolehan, Editor Substantif, Editor Kopi/Naskhah dan Editor Pengeluaran. Peranan mereka bergantung pada kerja yang dilakukan seperti yang berikut: (i) Ketua Editor akan mengetuai kumpulan editor dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan penerbitan dan belanjawan tahunan secara keseluruhan. (ii) Editor Kanan pula akan membantu Ketua Editor menjayakan kerja penerbitan dan mengawasi editor lain di bawaha pengawalannya. (iii) Editor Perolehan akan bertanggungjawab merancang penulisan judul baharu, mengenal pasti penulis, menguruskan perjanjian dengan penulis, menilai mutu manuskrip, mencadangkan cetak semula judul yang ada, meramal jualan, membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat laporan cadangan projek dan menganggarkan jumlah cetakan dan harga jualan. (iv) Editor Substantif ialah editor yang bertanggungjawab terhadap isi kandungan dan keseluruhan bentuk, susunan dan konsep buku. Tugasnya ialah menumpukan perhatian kepada perincian kandungan (memeriksa fakta) dan gaya persembahan daripada baris ke baris, perenggan ke perenggan dan halaman ke halaman. (v) Editor Kopi/Naskhah pula bertanggungjawab terhadap penyediaan manuskrip untuk ke bahagian pengeluaran. Tugas mereka ialah menyunting manuskrip daripada setiap ayat demi ayat, baris demi baris dan perenggan demi perenggan. Seterusnya memerikasa fakta dengan pakar bidang, membetulkan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, meneliti keselarasan dan gaya persembahan dan akhirnya membuat penandaan manuskrip untuk diatur huruf. (vi) Editor Pengeluaran akan memastikan kerja atur huruf, semakan pruf dan Naskhah Sedia Kamera(NSK) serta penetapan harga dilakukan sebelum judul dicetak. Diharap maklumat ini dapat membantu saudara. Hubungi saya di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Teriama kasih. | Lain-lain | 25.10.2010 |
bagaimanakah ingin membezakan penggunaan kata penegas -tah dan -lah? Ayat manakah yang betul? i) Bilalah dia akan muncul? ii)Bilatah dia akan muncul? | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. Manakala tah pula ialah partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?. Ayat yang betul ialah (i) Bilalah dia akan muncul? | Lain-lain | 13.08.2010 |
Saya mahasissua YIU ada soalan Apa kah Golonga kata dalam bahasa Melayu serta contuhnya | Golongan kata terdiri daripada 1. Golongan Kata Nama : (i) Kata Nama Khas, Contoh: Kuala Lumpur, Proton Saga; (ii) Kata Nama Am, contoh: kereta, jambatan ; (iii) Kata Ganti Nama, contoh: saya, aku. 2. Golongan Kata Kerja : (i) Kata Kerja Transitif (ii) Kata Kerja Tak Transitif. 3. Golongan Kata Adjektif. 4. Golongan Kata Tugas. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Saya masih samar-samar tentang cara penggunaan akhiran "kan" pada kata kerja . Apakah peraturan-peraturannya? Sekian. Terima kasih | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185. | Lain-lain | 29.07.2010 |
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikut | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari. 2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Ejaan | 18.05.2011 |
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga... | Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah: i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon; ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut; iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya. | Lain-lain | 30.04.2008 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah cara penggunaan yang betul untuk "diperbetul" dan "diperbetulkan" ? Mana satu yang betul daripada aspek tatabahasa? Terima kasih | Aspek makna awalan diper-: i. Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan sebagai maksud perbuatan kata dasar dan sering mebawa makna kiasan. ii. Awalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. iii. Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu. Aspek makna apitan diper-kan: I. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Oleh itu, perkataan yang betul ialah diperbetul kerana betul merupakan kata adjektif. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga? | Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari. 2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan. Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
"Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: 1. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarinya. Atau.. 2. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarnya. Mohon penjelelasan. Terima kasih." | Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: Imbuhan 'i' boleh bergabung dengan semua kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kata kerja. akhiran-i akan membentuk kata kerja ktransitif dan wujud dengan awalan Men- atau -di. Kata kweja yang hadir dengan akhiran -i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk iaitu : (i) dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (ii) dalam ayat suruhan. Contoh yang dikemukakan harus diteliti sebagai apitan di-...-i bukan sebgai akhiran -i semata-mata. Ayat yang betul ialah : Seseorang boleh mendapatkan maklumat daripada sumber yang didengarnya. Bentuk di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i. Benrmaksud perkataan yang berimbuhan di-...-i harus diikuti dengan perkataan oleh. Sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 186 dan 208. | Tatabahasa | 06.10.2013 |