SALASILAH SURAT RASMI DAN BILAKAH SURAT RASMI MULA DIGUNAKAN? | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Maklumat tentang penulisan surat rasmi juga boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Tuan, jadual tugasan atau jadual bertugas... pusat membeli belah atau pusat beli belah ? TQ | Puan Rohani Jadual bertugas yang lebih baik. Yang betul ialah pusat beli belah | Tatabahasa | 09.03.2010 |
Tugasan itu dibuat dengan berpandukan kepada nota yang diberikan guru.Mohon penjelasan | Tugasan itu dibuat dengan berpandukan nota yang diberikan guru. | Tatabahasa | 06.06.2015 |
jadual tugasan atau jadual betugas? Kenapa? | Puan Rohani tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; - betugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan jadual bertugas lebih baik. | Makna | 09.03.2010 |
Tukar ayat aktif ke ayat pasif 1. kami berjanji akan menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar secepat yang mungkin. Jawapn Diberi: Tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar kepada kami berjanji akan disiapkan secepat mungkin. soalan saya adakah jawapan itu betul, "kami "merupakan kGD pertama, bolehkah "disiapkan " digunakan ? Terima kasih. | Jawapan yang diberikan tidak tepat. Ya, 'kami' merupakan KGD pertama. Cadangan jawapan: Tugasan yang diberikan oleh cikgu Mokhtar akan kami siapkan secepat mungkin. | Lain-lain | 31.08.2009 |
1. Tugasan Ali dalam kumpulan _______ sebagai ketua. A. ialah B. adalah Terima kasih | Ayat yang betul ialah Tugasan Ali dalam kumpulan ialah sebagai ketua. | Tatabahasa | 09.07.2019 |
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih. | Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan. | Lain-lain | 06.09.2009 |
SALAM...Saya berhajar sangat untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan saya sebagai plajar PJJ... SOALAN TUGASAN: BERIKAN DEFINISI DAN KONSEP KATA TUGAS BERPANDUKAN LIMA ORANG AHLI BAHASA/AKADEMIK. BOLEHKAH PIHAK TUAN MEMBERIKAN 5 ORG AHLI BAHASA TERSEBUT UTK MENGHURAIKAN MAKSUD KATA TUGAS. TERIMA KASIH. | Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka rujuklah buku yang dikarangnya. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan saudara boleh rujuk buku karya tokoh bahasa yang lain juga. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
SAYA MEMERLUKAN BEBERAPA CONTOH SURAT KERTAS KERJA BERKAITAN LAPORAN TUGASAN, LAPORAN AKHLAK, INVOICE KEWANGAN UTK TUGASAN ATAU YG BERKAITAN DARI PIHAK PEGAWAI UNTUK PENGURUS SESEBUIAH SYARIKAT, UNTUK RUJUKAN PENGURUS TENTANG KERJA YG SEDANG DILAKUKAN. | Dokumen yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku yang berkaitan seperti Penulisan Laporan dan Kesantunan Berbahasa dalam Penggunaan Pentadbiran dan Media karya Asmah Haji Omar serta. | Lain-lain | 17.12.2011 |
MANA YANG BETUL PENGGUNAANNYA: JADUAL BERTUGAS HARIAN ATAU JADUAL TUGASAN ATAU JADUAL TUGAS BOLEH ULASAN SEBAB PERKATAAN ITU DIGUNAKAN TERIMA KASIH | tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; - bertugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan Jadual Bertugas Harian lebih baik.
| Lain-lain | 26.08.2014 |