Assalamualaikum, Bagi ayat di bawah, adakah ejaan tuhan atau Tuhan yang lebih tepat penggunaannya? Contoh ayat: Dialah yang membentuk rupamu di dalam rahim (ibumu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. APAKAH JAWAPANNYA & ALASANNYA? Terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah “Tuhan”. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. | Lain-lain | 24.01.2022 |
Salam 6 Ramadan, 1. Apakah bezanya ejaan 'tuhan' dan 'Tuhan'? 2. Dalam Kamus Dewan, ejaan 'Internet' ialah kata nama khas. Yang sebenarnya, kata nama am atau kata nama khas? 3. Apakah bezanya frasa 'segelung dawai' dan 'segulung dawai'? Terima kasih. | 1. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (sseperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. 2. Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas. 3. Segelung dawai dengan segelung dawai sama sahaja maksudnya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Yang manakah betul? a)Tuhan yang Mahaesa b)Tuhan yang maha Esa c)Tuhan yang maha-Esa | Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa | Makna | 15.09.2018 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan seperti berikut: (1) Terjemahan “lailahailallah”, Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. Adakah Allah dieja “Tuhan” atau “tuhan”? (2) Adakah lafaz niat puasa berikut betul mengikut tatabahasa, “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala” (3) Mana satu yang betul, “Amalan sunat di bulan Ramadan” atau “Amalan sunat pada bulan Ramadan”. Terima kasih. | Penggunaan kata dan ayat yang betul: 1. Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. 2. "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala" - Ayat ini betul. 3. Amalan sunat pada bulan Ramadan. | Tatabahasa | 24.03.2025 |
"By the grace of God (Dei Gratia; dalam gelaran British misalnya)" lebih sesuai diterjemahkan maksudnya kepada "Dengan rahmat Tuhan" ataupun "Dengan limpah kurnia Tuhan"? Atau kedua-duanya boleh diterima? | Frasa "dengan rahmat Tuhan", "dengan limpah kurnia Tuhan" atau "dengan limpah rahmat Tuhan" boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu. | Tatabahasa | 03.01.2025 |
Soalan pertama: Adakah perkataan 'Amen' yang diucapkan oleh penganut Kristian selepas berdoa boleh diterjemahkan kepada 'Amin'? Soalan kedua: Untuk frasa 'Ya tuhan' (selain Tuhan yg Esa) atau 'Ya Tuhan' (merujuk Allah), perlukah diletak tanda koma selepas 'Ya'? Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, amen diterjemahkan kepada amin, iaitu mengaminkan atau menyetujui sesuatu. Tiada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang penggunaan kata amen/amin dalam konteks Kristian. 2. Selepas kata seruan "Ya" tidak perlu tanda koma, contoh "Ya Allah!".
| Makna | 09.09.2022 |
Tuhan telah temukan dia dengan anaknya. atau Tuhan telah mempertemukan dia dengan anaknya. atau Tuhan telah mempertemu dia dengan anaknya. | Tuhan telah mempertemukan dia dengan anaknya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
Slm. Berikut adalah soalan yang ingin saya kemukakan: 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan?(ayat ini gramatis atau tidak-perlu tambah nyatakan tiga cara bagaimana...?) 2)Apakah yang dibenci Tuhan dalam sajak ini?(dibenci Tuhan atau dibenci oleh Tuhan?) 3)Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta anda kepada Tuhan?(betulkah ayat ini?) 4)Sekiranya anda seorang pemimpin,apakah ciri-ciri kepimpinan anda yang anda harap diteladani rakyat(betulkah ayat ni?) 5)Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan,bagaimanakah boleh anada mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab?(betulkah ayt ini?) Tq ;) | Ayat yang gramatis ialah; 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan? 2) Apakah yang dibenci Tuhan/oleh Tuhan dalam sajak ini? 3) Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta kepada Tuhan? 4) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harapkan diteladani oleh rakyat. 5) Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan, bagaimanakah anda mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab? | Tatabahasa | 10.11.2010 |
Saya ingin bertanya tentang kata arah bagi Allah/Tuhan. Dari atau daripada Allah/Tuhan? Pada atau kepada Allah/Tuhan? Atau ikut konteks ayat? | Untuk penggunaan dari/daripada atau pada/kepada Allah atau Tuhan boleh digunakan mengikut konteks ayat tersebut. Boleh rujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. | Lain-lain | 02.05.2021 |
Perkataan Tuhan dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf besar atau kecil? Orang Tamil percaya Tuhan wujud dalam semua unsur alam semula jadi. | Perkataan Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa perlu dieja huruf besar pada huruf pertama, manakala ejaan tuhan dengan huruf kecil pada huruf pertama ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2414.
| Tatabahasa | 25.11.2024 |