| Bagi ayat "Oh, my God," apakah terjemahan yang sesuai untuk ayat itu dari segi sari kata televisyen? | 1. Terjemahan yang sesuai bagi "Oh, my God" ialah Oh Tuhanku atau Ya Tuhanku
| Makna | 19.09.2020 |
| Ingin tahu ejaan yang betul untuk "Allah Tuhan Ku". Perkataan "Ku" itu perlu didekatkan atau tidak dengan perkataan "Tuhan"? TKasih | Allah Tuhanku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk menyemak ejaan. | Tatabahasa | 16.10.2009 |
| 1. Koma perlu diletakkan selepas kata seru seperti oh, wah. Oleh itu penggunaan yang betul adalah seperti di bawah, betul atau tidak? i) Oh, Tuhan. Selamatkanlah kami. ii) Ya Tuhan. Selamatkanlah kami. 2. cintakan/sayangkan - Kedua-dua ini disenaraikan dalam Kamus Bahasa Melayu dalam talian. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sayangkan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cintakan Adakah kedua-dua ini gramatis? Bukankah "cinta akan" dan "sayang akan" penggunaan yang betul dan gramatis berpandukan Tatabaha Dewan? Jadi, bolehkah "sayangkan" atau "cintakan" digunakan? | 1. Penulisan yang betul ialah Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! Ya, Tuhanku, selamatkanlah kami! Sila rujuk halaman 255 buku Tatabahasa Dewan. 2. Penggunaan yang gramatis ialah sayang akan dan cinta akan. | Tatabahasa | 31.05.2021 |
| Apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan 'mengatakan' dengan 'menyatakan'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyatakan bermaksud menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja. Manakala dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, mengatakan ialah memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. | Makna | 23.04.2014 |
| 1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasih | Ya ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
| Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat, terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah. Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
| Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih. | Saudara, Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku | Ejaan | 08.11.2010 |
| Beza perkataan "Oh" dan "Eh" Tolong jawab Terima kasih | “Eh” ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Eh, dulu di sinilah dia tinggal!” 2. “Eh, Ali rupanya yang datang”. “Oh” pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Oh, baru ini aku tahu!” 2. “Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!” Berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya kata seru ini boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
| 1. Saya berasal ( dari, daripada ) Selangor. Dari digunakan untuk tempat manakala Daripada digunakan untuk orang? 2." ( Eh , Oh ) ,awak rupanya Julia !" kata Kenny . 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan Wah & Amboi ? TQ | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Saya berasal dari Selangor. Dari digunakan utk merujuk kpd tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala daripada merujuk kpd sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). 2. "Eh,awak rupanya Julia!" kata Kenny. Eh ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): Contoh ayat, 1. Eh, dulu di sinilah dia tinggal! 2. Eh, Ali rupanya yang datang. Oh pula ialah kata seru utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): Contoh ayat, 1. Oh,baru ini aku tahu! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! 3. Perbezaan wah dan amboi ialah wah digunakan utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll). Contohnya: Wah, dahsyat sungguh!, manakala amboi pula ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang. Contohnya: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Edisi Empat. | Karya | 23.07.2010 |