Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuil] | توءيل

Definisi : sesuatu yg digunakan utk mengangkat sedikit (menaikkan barang yg berat-berat dll), penyungkit, tuas; menuil menyungkit (mengungkit) dgn tuil, menuas; penuilan perihal (proses, perbuatan, kerja dsb) menuil sesuatu: ~ bongkah batu besar yg terbenam itu dilakukan secara gotong-royong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuil] | توءيل

Definisi : alat yg digunakan utk mengangkat atau utk menaikkan sedikit; peng­ung­kil. menuil mengungkil dgn tuil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuil
Rujuk :tuas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai bagi claw hammer? Adakah tukul tuil atau tukul kuku kambing? kerana terdapat istilah tukul tuil dalam Kamus PRPM, tetapi dalam silibus KHB, claw hammer menggunakan istilah tukul kuku kambing. Istilah manakah yang lebih tepat? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. -Aznani-Terjemahan bagi claw hammer ialah tukul tuil seperti yang terdapat dalam PRPM.Penyemakan dan penterjemahan18.07.2018
Apakah erti atau maksud "Pitch lever" yang disebut dalam komponen jet pejuang/ kapal terbang?Kami mencadangkan pitch lever diterjemahkan sebagai "tuil anggul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah12.03.2022
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional

Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi.

Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah  "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi.

Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya.

Istilah11.12.2009
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "Levers" seperti di dalam ayat berikut: Identification of Levers That Enable Their ExcellenceDalam pangkalan data DBP, padanan bahasa Melayu untuk "lever" ialah tuil atau tuas.  "Lever"  boleh juga bermaksud sebagai pendesak atau penggalak,  bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah02.12.2016
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih.

1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya.

2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil

3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah.

Tatabahasa30.05.2009

Kembali ke atas