Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ju] | توجو

Definisi : 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan men­jadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. meng­alamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyam­paikan kpd: Radio Malaysia sedang meran­cang siaran dlm bahasa Perancis yg dituju­kan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ju] | توجو

Definisi : jampi (mantera dll) yg dibaca utk membuat orang jatuh sakit atau mati: ayahanda lepaskanlah ~ ini; menuju menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ju] | توجو

Definisi : 1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. menujukan 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; men­cocokkan. persetujuan 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.ju] | توجو

Definisi : mantera (jampi, sihir dll) utk membuat orang supaya sakit atau mati: Orang itu mati kerana kena ~. menuju mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan Inggeris Mission membawa maksud Hala Tuju. Ejaan sebenar halatuju atau hala tuju sebab saya jumpa kedua-duanya digunakan. Ada perbezaan dari segi penggunaan atau hanya kesalahan ejaan?Ejaan yang betul ialah hala tuju.Ejaan12.06.2014
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
Salam, Mohon bertanya tentang yang mana satukah perkataan yang betul/sebenar terdapat dalam daftar perkataan bahasa Melayu HALATUJU (1 perkataan) atau HALA TUJU (2 perkataan)hala tujuEjaan11.06.2014
Betulkan ejaan Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru. Peruntukkan ke atau peruntukan. Sepertimana ke atau seperti. Hala tuju ke atau halatujuKedua-dua frasa Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru, betul kerana baharu dan baru dianggap sebagai varian dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah peruntukan, seperti mana dan hala tuju.Tatabahasa27.12.2011
Yang mana betul? 1. Ini semua brang lama ibu. 2. Semua ini barang lama ibu. 3. Semua benda ini barang lama ibu. Soalan: Adakah kata ganti nama tuju dapat berdiri sendiri untuk merujuk kepada sesuatu benda? Adakah fenomena ini hasil daripada proses transformasi ayat?Untuk makluman, kata ganti nama tunjuk (bukan kata ganti nama tuju) ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Contoh kata ganti nama tunjuk ialah ini, itu, sini, sana dan situ.  Semua ayat yang berikan adalah betul dan kata ganti nama tunjuk boleh berdiri sendiri.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep transformasi ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, muka surat 531.Tatabahasa03.04.2012
SALAM, MINTA DITERANGKAN MAKSUD HALATUJU SECARA TERPERINCI.Hala tuju ialah matlamat atau sasaran, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi.Makna17.10.2010
Askm.. mohon penjelasan berkenaan maksud : 1. Mantan - dikatakan memberi maksud bekas penjawat yang tiada hala tuju. Penggunaan perkataan mana lebih baik utk: A) Bekas guru besar B) Mantan guru besar. Terima kasihMenurut Kamus Dewan terbitan DBP, mantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas. Sebagai contoh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. Kedua-dua jawapan A dan B adalah betul.Makna14.01.2018
Chandra Cikgu Apakah kekurangan Bahasa Malaysia? Hanya usaha diperlukan untuk mewujudkan istilah Bahasa Malaysia dan bukan sekadar mengambil jalan mudah meminjam bahasa asing sebagai bahasa Malaysia. Pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi tujuan dan hala tuju perlu diteliti agar dapat mengekalkan Bahasa Malaysia jangan sampai ditelan zaman. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan tidak wajar mengikut peredaran masa kini. Masih ada lagi perkataan baru digunakan untuk merujuk sesuatu benda baharu di akhbar Metro dan media massa termasuk menteri-menteri kabinet menggunakan perkataan mereka-meraka dan dari masa ke semasa. Kemungkinan besar DBP tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut. Pemikiran yang matang dan berpengalaman dapat menyelamatkan bahasa Malaysia hancur di persada dunia. Kita tidak perlu menjadi pak turut ahli-ahli politik Malaysia sebaliknya berjuang dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Walaupun saya seorang bukan Islam, namun kesetiaan saya terhadap bahasa Malaysia sangat utuh tidak akan membenarkan sama sekali bahasa Malaysia dijadikan Jorgan oleh kebanyakan pihak. Jangan hanya membalas soalan dari pejabat sahaja, tetapi pergilah melawat sekolah-sekolah di Malaysia dan mengetahui masalah penggunaan bahasa Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Terima kasih Cikgu Chandra. Malaysia pasti memerlukan lagi orang seperti cikgu untuk bersama-sama DBP memartabatkan bahasa Kebangsaan.Lain-lain20.01.2014
Perkataan depositori samada sesuai digunakan bagi mengganti penyerahan iaitu: Pusat Penyerahan Koleksi Negeri kepada Pusat Koleksi Depositori Negeri terima kasih ....Depositori bermaksud badan yang di­amanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti dan bon) untuk tuju­an keselamatan. Berdasarkan penggunaan perkataan depositori  dalam istilah seperti Syarikat Amanah Depositori, tidak membawa maksud penyerahan.Tatabahasa09.01.2015
Apakah peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan apakah masalah yang timbul di kalangan masyarakat hari ini tentang penggunaan Bahasa MelayuMemang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. Lain-lain12.07.2008
12

Kembali ke atas