saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apa | Bintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa. | Makna | 13.12.2006 |
Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul? | Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan | 1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman. | Makna | 14.12.2006 |
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelah | Pertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak. Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaan | Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Saya ingin bertanya bagaimana mennyebut H1N1 dan H7N9 dalam bahasa Melayu, apakah H. Satu N. Satu dan H. Tujuh N. Sembilan? Ketika ini saya dengar semua media elektronik di Malaysia dalam berita bahasa Melayunya menyebut H. One N. One dan H. Seven N. Nine, tapi dalam berita bahasa Cina, sebutan angka itu dibaca dalam bahasa Cina. Saya juga ada mendengar berita bahasa Melayu dari TV Singapura yang menyebut angka itu dalam bahasa Melayu. Jadi saya keliru apakah betul sebutan media berbahasa Melayu di Malaysia. Sekian | Sebutan sepertimana bentuk visualnya dalam bahasa Melayu, iaitu H1N1 disebut H satu N satu dan H7N9 disebut H tujuh N Sembilan. | Tatabahasa | 11.04.2013 |
Apakah penjodoh bilangan untuk pintu masuk. Contoh: Ada tujuh ___ pintu masuk ke bangunan itu. Terima kasih. | Saudara/saudari, Jawapan bagi penjodoh bilangan untuk pintu adalah 'buah'
| Tatabahasa | 24.08.2012 |
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung. | Istilah | 15.01.2010 |
Boleh berikan definisi bagi tajuk " Bahasa Melayu Abad Ke Tujuh" ? | Bahasa Melayu abad ketujuh bermaksud bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu pada abad ketujuh di daerah Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu pada masa itu disebut bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. | Makna | 08.01.2008 |
Adakah penggunaan 'dari' dan 'daripada' dalam ayat ini betul: "Kerajaan hendaklah menandatangani dokumen tersebut tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Syarikat" Terima kasih. | Saudara/Saudari, Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut, penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' penggunaannya ialah tepat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.
| Tatabahasa | 20.09.2012 |