Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih. | Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut: (i) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau (ii) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan" | Puan, Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan. Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328 Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian. | Makna | 12.07.2017 |