Nama datuk kami Ahmad. Kami memanggilnya Tuk Mat. Ejaan yang tepat, Tuk Mat atau Tok Mat? Bagaimana pula dengan ejaan uintuk mudim, guru dan pawang - tok atau tuk? | Ejaan yang betul ialah Tok Mat, Tok Mudin, Tok Guru dan Tok Pawang. | Ejaan | 24.08.2011 |
assalamualaikum...saudara. saya ingin bertanya mengenai perkataan guru besar, ketua kampung, tuk penghulu dan ajk, adakah perkataan ini perlu dieja awal perkataannya berhuruf besar dalam penulisan karangan. | Jika dinyatakan secara umum, Saudara perlulah menggunakan huruf kecil. Tetapi jika menyatakan secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan A, perlulah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 26.02.2007 |