Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.kang] | توکڠ

Definisi : 1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, pandai; ~ besi orang yg pandai membuat alat drpd besi (parang, pisau, dll); 2. orang yg pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dll) sesuatu yg tertentu: ~ catat; 3. orang yg suka atau biasa melakukan sesuatu (yg umumnya kurang baik); ~ copet orang yg gemar mencopet; 4. ahli (sbg kata cemuhan); ~ kritik orang yg gemar mengkritik orang lain; ~ air penjual atau pengangkat air; ~ ampu orang yg suka mengampu (bermuka-muka dgn ketuanya dll); ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan); ~ api orang yg menjaga api (di kapal dll); ~ arloji orang yg pekerjaannya membaiki jam; ~ asah sl orang yg pandai mengasah gigi; ~ bang bilal, muazin; ~ batu orang yg pandai membuat perkakas drpd batu; ~ beca penarik beca; ~ bendera = ~ kebut Id penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll): ~ botol = ~ loak orang yg membeli dan menjual barang-barang lama; ~ canai tukang mengasah pisau dll; ~ catut broker (cangkau); ~ cerita orang yg suka bercerita; ~ cetak orang yg pekerjaannya mencetak (buku dll); ~ cuci dobi, penatu; ~ cukur orang yg pekerjaan­nya mencukur (janggut, rambut, dll); ~ daging penjual daging; ~ dobi pencuci kain (pakaian); ~ elektrik orang yg memasang dan membaiki alat-alat elektrik; ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas; ~ es Id penjual air batu (aiskrim); ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera; ~ gerobak orang yg pekerjaan­nya menjalankan gerobak; ~ gunting orang yg pekerjaannya meng-gunting rambut; ~ hias jurusolek (pesolek); ~ ikan penjual ikan; ~ jahit orang yg pekerja-annya mengambil upah dgn menjahit; ~ karang orang yg menga­rang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dll); ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; ~ kasut = ~ sepatu orang yg pandai membuat (membaiki) kasut; ~ kayu orang yg pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dll) drpd kayu; ~ kebun orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll); ~ kelarah orang yg pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul; ~ kereta orang yg pandai membaiki kereta; ~ korek orang yg suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dll); ~ lelucon pelawak; ~ mabuk pemabuk; ~ masak orang gajian yg kerjanya memasak; ~ pangkas tukang gunting; ~ pedati orang yg pekerjaan­nya menjalankan pedati; ~ pidato orang yg pandai berpidato; ~ pos penghantar surat-surat pos, posmen; ~ rumah orang yg kerjanya membina atau membaiki rumah; ~ sapu orang yg kerjanya menyapu sampah; ~ sate orang yg menjual sate; ~ sampah orang yg mengangkat sampah; ~ sayur penjual sayur; ~ sihir orang yg pandai membuat sihir, ~ serobot orang yg suka menyerobot; ~ silap mata pemain silap mata; ~ sukat pekerja yg menyukat (mengukur) tanah dll; ~ sunat mudin; ~ susu penjual susu; ~ tadah orang yg menerima barang-barang curian; ~ tenun penenun kain dll; ~ tenung ahli nujum; ~ ternak wang orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ~ ubat penjual ubat; ~ urut orang yg pandai mengurut; ~ wang orang yg menjaga urusan wang (di pejabat dll); ~ warung orang yg mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dll); ~ tidak membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya; bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll): aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~; tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll); menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya; ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang: sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku; pertukangan 1. perihal bertukang; sekolah ~ sekolah utk melatih orang menjadi tukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan) para tukang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kang] | توکڠ

Definisi : ; burung ~ a) = ~ besi sj burung takau, Megalaima australis; b) ~ malam sj burung, burung kubur, burung malas, burung segan, Caprimulgus asiaticus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kang] | توکڠ

Definisi : 1 orang yg pandai dlm sesuatu pekerjaan tangan: ~ kayu orang yg pandai membuat sesuatu (meja, kerusi dll) drpd kayu. 2 orang yg kerjanya membuat atau mengurus sesuatu yg tertentu: ~ kasut; ~ jam. ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin (perempuan). ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas. ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera. ~ gunting orang yg kerjanya menggunting rambut. ~ jahit orang yg kerjanya menjahit baju dll dgn mengambil upah. ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat, yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak. bertukang mengerjakan pe­­­kerja­an tukang: Bapanya sedang ~ di dapur. tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang. menu­kangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: Ia ~ kerusi yg patah itu. pertukangan 1 pekerjaan atau per­buatan bertukang: sekolah ~ sekolah utk melatih seseorang menjadi tukang. 2 perihal atau perkara yg berkaitan dgn tukang-menukang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukang (kata nama)
Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;,
Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan,

Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Rumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh).

Bermaksud :

Hukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.apa definisi bengkel dan makmal? 2.apa beza antara bengkel kemahiran hidup dan makmal sainsMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium. Bengkel pula ialah  tempat membaiki kereta 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Makna05.08.2008
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
Peggunaan istilah 'Tukang Jahit Trishala Tailoring' di papan tanda untuk lesen papan tanda dan premis perniagaan DBKL.Ungkapan yang betul untuk penamaan tersebut ialah "Tukang Jahit Trishala".Tatabahasa13.06.2011
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih.
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku.
Tatabahasa27.12.2012
mempersetujui pendapat.... betul ke? atau bersetuju dengan pendapat? tukang jahit lelaki betul ke frasa ini?

1. mempersetujui pendapat - betul

2. bersetuju dengan pendapat - betul

3. tukang jahit lelaki - betul

Lain-lain16.09.2009
1. Ali mengucapkan terima kasih (dan/sambil/lalu) membayar wang kepada tukang paip. 2. Ahli sukarelawan itu menulis laporan (serta/dan) memulangkan peralatan. soalan: kata hubung manakah yang boleh digunakan dalam kedua-dua ayat di atas? Terima kasih...Dari segi tatabahasa, kedua-dua kata hubung "dan" dan "sambil" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. (Ali mengucapkan terima kasih sambil membayar wang kepada tukang paip./Ali mengucapkan terima kasih dan membayar wang kepada tukang paip.) Kedua-dua kata hubung "dan" dan "serta" juga boleh digunakan dalam ayat kedua.(Ahli sukarelawan itu menulis laporan serta memulangkan peralatan./Ahli sukarelawan itu menulis laporan dan memulangkan peralatan.)Tatabahasa19.04.2012
Raja mengarahkan agar tukang masak datang ennghadap baginda di balai penghadapan. tuan, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mengarahkan/ TQMengarahkan dalam konteks ayat tersebut boleh digantikan dengan meminta. Tatabahasa19.09.2011
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''orang yang kerjanya memasak,tukang masak,chef' terima kasih..Kami tidak menjawab soalan teka silang kata.Lain-lain17.04.2010
Saya ingin mendapatkan maklumat pengarang Yulis Haji Alwi(Kumpulan Cerita Rakyat-Tukang Kasut dengan Orang Kerdil, DBP 1994) dan Mohd Nor Long(Cerita Rakyat Sabah -DBP, 1978). Umur dan pekerjaan penulis buku ini. Data ini digunakan untuk tugasan kajian saya dalam Kesusasteraan Rakyat Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?

Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penulis melalui telefon:

(1) Salmah@Yulis Hj. Alwi

        Tel. Rumah: 03-62512978

        Tel. Bimbit:  013-3999525

 (2)  Mohd. Nor Long

       Tel. Rumah:  03-20950417

       Tel. Bimbit:   019-2168300

Lain-lain27.01.2011
123

Kembali ke atas