minta tukar nama syarikat nama ; Chong mei tong tukar kepada Restoran Pengle email : octopus_2505@hotmail.com | Sila masuk semula ke Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan buat permohonan baru dengan mengisi semula borang tersebut. Pihak kami tidak boleh menukar nama tersebut kerana penukaran hanya boleh dibuat oleh pemohon. | Lain-lain | 27.02.2014 |
Mohon penjelasan dari pihak tuan berkenaan dengan nama bangunan yang kami daftarkan sebelum ini UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ejaannya sah. Dan kami hanya ingin menukar maklumat nombor telefon sahaja tetapi cadangan nama ditolak dan di minta tukar kepada UBE Dewan Bankuet Di Nilai 3. Sebelum ini cadangan nama tidak ada masalah. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk tindakan segera. | Sila kemukan permohonan anda pada domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DBP | Lain-lain | 12.05.2017 |
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar? | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh lain: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. Contoh lain: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
En. Sulaiman, Saya ingin memohon untuk ditukar nama syarikat pada sijil daripada nama saya kepada Baljo Food Services Sdn Bhd seperti yang tertulis pada lukisan gambar papantanda yang tertera. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, pihak kami tidak boleh menukar maklumat pada sijil. Sila isi semula borang permohonan dan tukar maklumat yang diperlukan untuk mendapat sijil yang baharu. | Lain-lain | 18.06.2014 |
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga pergantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat: Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 03.02.2011 |
Salam/ Selamat Sejahtera, 1- "Penukaran akaun semasa ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "Penukaran" atau "pertukaran"? 2- "Di antara yang diberi penekanan ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "Di antara" atau "antara"? 3- Objektif IFSA adalah untuk menggalakkan ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "adalah" atau "ialah"? | Jawapan soalan puan adalah seperti yang berikut: - Penukaran akaun semasa – betul; Pertukaran akaun semasa juga betul bergantung pada konteks ayat.
Penukaran merupakan perihal atau perbuatan menukar, mengubah, menggantikan. Contoh ayat: Penukaran akaun semasa perlu dibuat dengan segera sebelum 21 Mei 2014. Pertukaran merupakan perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb. Contoh ayat: Pertukaran akaun semasa kepada akaun lain boleh dibuat di ibu pejabat. - Antara perkara yang diberikan penekanan...
- Objektif IFSA adalah untuk menggalakkan...
| Tatabahasa | 20.05.2014 |