[tu.kul] | توکول
Definisi : = penukul pemukul (kecil), martil; ~ besi tukul yg dibuat drpd besi; ~ kayu tukul yg dibuat drpd kayu; adat ~ lantak bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); tapak ~ kesan drpd melakukan sesuatu (bukti drpd mengerjakan sesuatu); menukul memalu (memantak, melantak, dll) dgn tukul: kepingan logam menjadi panas apabila ditukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.kul] | توکول
Definisi : , = penukul alat utk memantakkan paku dll; pemukul kecil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. menukul memalu atau memantakkan dgn tukul: Tukang itu sedang ~ paku ke papan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)