Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih. | Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2010 |
Selamat sejahtera, Adakah "tepian tulang belakang" sesuai bagi terjemahan "binding edge"?Bolehkah perkataan/frasa ini boleh diubah kepada "tepian belakang" sahaja? "tulang belakang" kedengaran pelik. Mohon penjelasan dan semoga perkataan ini boleh disemak semula kepada frasa yang lebih baik. Terima kasih. | Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman, padanan tersebut telah melalui jawatankuasa yang berautoriti memberikan padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2015 |
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan. | | Lain-lain | 22.03.2008 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Central Spine Road / Expressway"? Adakah "Jalan / Lebuh Raya Tulang Belakang Tengah"? | Padanan bahasa Melayu bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah dan Expressway ialah Lebuh Raya. | Makna | 25.10.2010 |
Terjemahan penyakit tulang belakang 'collapsed disc' | Kami mencadangkan perkataan collapsed disc diterjemahkan kepada cakera tulang teranjak. | Istilah | 14.11.2014 |
YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE RAWATAN, PERUBATAN, KURSUS DAN CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF, PENAWAR HOMEOPATI, BEKAM, AKUPUNTUR, TERAPI HIPNOSIS, RAWATAN REGANGAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.05.2015 |
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Berikut ayat yang telah disemak. 1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi. 2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Apabila menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa. 4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
Salam / Selamat Petang, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan perkataan yang paling tepat perkataan Bahasa Inggeris tersebut ke dalam perkataan Bahasa Melayu:- 1) Crustaceans (Haiwan laut berkulit keras seperti ketam, udang galah, dll.) 2) Molluscs (Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang dan berkerang) Terima kasih. | Terjemahan yang tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Crustaceans - krustasia. 2. Molluscs - moluska | Penyemakan dan penterjemahan | 26.02.2015 |
Asalamualaikum w.b.t Saya sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah majalah arkib untuk sebuah program. Saya memerlukan beberapa cadangan dan pencerahan. 1. Adakah perkataan "kuno" melambangkan sesuatu yang negatif jika saya ingin menjadikan perkataan tersebut sebagai nama majalah? 2. Jika YA, apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digantikan yang seakan akan membawa maksud seperti bahan arkib/sejarah/bahan lama. 3. Selain daripada itu, saya memerlukan terma/perkataan yang melambangkan "sejarah penubuhan/histography" , dan "tokoh-tokoh yang menjadi penaung utama/tulang belakang" Terima kasih | Kuno bermaksud: sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu, seperti barang kuno bermaksud barang lama; dan kuno juga bermaksud tidak moden atau kolot (berkenaan adat, fahaman dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, kuno tidaklah bermaksud negatif dan boleh digunakan dalam menamakan sesuatu yang berkaitan dengan maksud berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2019 |
Baju dicuci oleh emak. Jika belakang dicuci tidak menulis "oleh" , ayat ini betul atau tidak ? Bilakah hendak menulis "oleh" ? atau semua ayat pasif mesti diikuti di ... oleh ? | Bagi perbuatan yang dilakukan oleh manusia, adalah lebih baik dikekalkan penggunaan kata bantu oleh, manakala bagi kata kerja yang dikaitkan dengan bukan manusia, penggunaan kata oleh boleh digugurkan sebagai pilihan. Contoh: tulang itu digonggong oleh anjing. Jika digugurkan kata oleh - tulang itu digonggong anjing. Contoh lain: tulang itu dibawa oleh Ali. Jika kata oleh itu digugurkan, ayat tersebut kurang gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 24.08.2009 |