apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'? | Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. | Makna | 16.09.2009 |
Boleh Tuan jelaskan kepada saya definisi bahasa persuratan? | Bahasa persuratan melibatkan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan dan juga perpustakaan. | Lain-lain | 23.09.2007 |
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini. | Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa. | Tatabahasa | 13.11.2011 |
Apakah perbezaan antara tulisan dan penulisan bagi kedua-dua istilah ini dan pelaksanaannya dalam pembelajaran di sekolah. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "tulisan" bermaksud 1. hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis, cara menulis 2. hasil sastera (dalam bentuk prosa atau puisi), karangan. "Penulisan" bermaksud perihal atau kegiatan dan sebagainya menulis (mengarang dan lain-lain), hasil daripada menulis (mengarang dan lain-lain). DBP tidak mempunyai maklumat tentang pelaksaaan dan pembelajaran istilah ini di sekolah. | Makna | 20.09.2013 |
BAGAIMANA HENDAK MENULIS ESEI DALAM LARAS SASTERA? APAKAH PANDUANNYA? DI MANAKAH DAPAT DIRUJUK ? | Pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri. | Lain-lain | 09.02.2013 |
Bagaimanakah tanda baca yang betul untuk menulis rangkai kata hari kemerdekaan? Sepanjang saya belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, guru-guru mengajar saya supaya menulis 'Hari Kemerdekaan' ( h dan k ) ditulis dengan huruf besar. Persoalannya ialah, dalam buku KSSR tahun 1 ( SJKC ) di tulis dengan huruf kecil. Yang manakah tanda baca yang betul ? Jika tuan tidak keberatan, saya ingin mendapatkan jawapan segera. | Dalam Kamus Dewan dieja "hari Kemerdekaan" sama seperti hari Buruh dan hari Pahlawan. | Ejaan | 11.10.2011 |
Saya Asma Pangteh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Patani Thailand, ingin bertanya, apakah teknik bermula untuk menulis bahasa Melayu yang baik? Terima Kasih. | Pertama sekali puan perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu puan perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, puan perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang puan hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, puan boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH" | Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". | Tatabahasa | 05.04.2011 |
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan. | 1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya). 3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur. 5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain. 6. Muka pintu bermaksud ambang pintu. 7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; 8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb; 9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan). Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan. | Makna | 26.11.2013 |
Salam, saya ini tahu takrif dan perbezaan maksud 'kesopanan dan kesantunan' berserta contoh. Saya ada membaca aktikel menulis tajuk kesopanan di dalam masyarakat Melayu. Kenapa tidak di tulis kesantunan di dalam masyarakat Melayu. Diharap pihak tuan dapat membantu saya | Merujuk Kamus Dewan sopan dan santun sama maknanya, iaitu halus budi bahasa dan tingkah lakunya. Oleh itu, penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut sudah memadai. | Tatabahasa | 05.10.2011 |