Adakah proses dan acara berbeza? | Ya, proses dan acara mempunyai makna yang berbeza. Proses bermaksud: 1. satu siri tindakan atau operasi yang dilakukan atau yang perlu diikuti untuk membuat atau melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: Proses pelantikan perunding hendaklah dibuat mengikut prosedur. 2. perubahan yang biasanya berlaku secara semula jadi atau tanpa disedari, biasanya melibatkan tempoh yang panjang. Contoh ayat: Kekurangan nutrisi boleh mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak. 3. kaedah atau teknik untuk membuat atau menghasilkan sesuatu barangan, khususnya dalam industri. Contoh ayat: Proses pembuatan coklat bermula dengan mengadunkan likuor koko, gula, susu dan sebahagian lemak koko selama kira-kira 5 minit pada suhu 45°C. Manakala acara bermaksud: 1. jenis permainan dalam sukan yang dipertandingkan, misalnya lari berganti-ganti, badminton atau menembak. Contoh ayat: Acara lompatan ialah lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah. 2. perkara yang dilaksanakan oleh masyarakat mengikut adat atau kebiasaan, misalnya semasa majlis perkahwinan atau dalam kehidupan. Contoh ayat: Pengantin lelaki menyempurnakan acara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan sebentuk cincin. 3. bahagian atau seluruh kegiatan yang disusun dan dijadualkan untuk dilaksanakan bagi menjayakan sesuatu upacara, persembahan, sambutan dan sebagainya. Contoh ayat: Acara ini bermula dengan ucapan Ketua Pengarah. 4. kegiatan, program atau majlis khusus yang diadakan untuk tujuan tertentu. Contoh ayat: Acara Forum Remaja akan diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir. Terima kasih. | Makna | 08.11.2024 |
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4). | Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat. Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan. | Lain-lain | 18.07.2021 |
Adakah perkataan "progressively diversified diet' dalam ayat di bawah ini diberikan padanan yang betul? Processed cereal-based foods for infants and young children 391. (1) Processed cereal-based foods for infants and young children— (a) are intended for feeding infants as a complementary food generally from the age of six months onwards, taking into account infants’ individual nutritional requirements, and for feeding young children as part of a progressively diversified diet; Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil 391. (1) Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil— (a) adalah bertujuan untuk diberi makan kepada bayi sebagai makanan pelengkap biasanya daripada umur enam bulan ke atas, dengan mengambil kira keperluan pemakanan bayi secara individu, dan untuk diberi makan kepada kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet progresif pelbagai | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi progressively diversified diet ialah diet perkembangan pelbagai atau diet tumbesaran pelbagai. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2021 |