Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bu.han] | تومبوهن

Definisi : 1. sesuatu yg tumbuh (berkecam­bah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bu.han] | تومبوهن

Definisi : Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bu.han] | تومبوهن

Definisi : 1 = ketumbuh sesuatu (spt bintil, ketuat) yg tumbuh atau hidup pd sesuatu yg lain. 2 = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, ber­dahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. ~ semusim tumbuh-tumbuhan yg hidup hanya satu musim (spt jagung, kacang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Cuba-cuba menanam mumbang,
     jika tumbuhan sunting (= suri,
turus) negeri.

Bermaksud :

Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TKTumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 
Tatabahasa04.07.2012
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup?

Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup?

Tatabahasa25.03.2010
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelum­pung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Lain-lain15.05.2010
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasihKedua-da ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2010
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan,  Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Tatabahasa31.08.2012
Apakah maksud pucuk jagus?Ejaan yang betul ialah janggus, iaitu sejenis tumbuhan atau dikenali juga sebagai gajus. Pucuk janggus/gajus ialah daun muda tumbuhan tersebut.Makna17.07.2011
Assalamualaikum, Ekoran pertanyaan saya berkaitan penggunaan -nya keada bukan manusia, bolehkan -nya digunakan untuk merujuk binatang atau tumbuhan. Contohnya dalam ayat yang berikut: a. Binatang: 1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkainya dibiarkan di tepi jalan. b. Tumbuhan 1. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harganya meningkat dengan mendadak. Terima kasih

Waalaikummussalam saudara Mohd Januri,

Nya ialah kata ganti diri nama orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya"  merujuk kepada manusia bukannya merujuk kepada haiwan dan tumbuhan.
Menerusi contoh ayat yang diberikan memadai sekiranya diganti dengan menggunakan perkataan di bawah:

1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkai anjing itu dibiarkan di tepi jalan.

2. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harga bawang meningkat dengan mendadak.

Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui maklumat lanjut.

Tatabahasa08.09.2012
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009
Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan?

Salam sejahtera,

Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM  "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?"

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

Lain-lain24.03.2010
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
123456789

Kembali ke atas