Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pang] | تومڤڠ

Definisi : ; ~ sekaki bp turut sama melakukan sesuatu yg sedang dilakukan oleh orang lain: seronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki; bertumpang; ~ tindih saling tindih-menin-dih (bersusun-susun, bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak disusun semula dgn penuh hati-hati; menumpang 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; pokok ~ tumbuhan yg hidup pd pokok lain, bendalu; ganja ~ ganja yg melekat (bukan ganja iras); 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; ~ mati bersama-sama mati, ikut mati; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ ber-tanya, apa nama kampung ini?; ~ hidup tinggal bersama supaya dapat hidup; ~ makan (tidur dll) turut serta makan (tidur dll); menumpangi ikut tinggal di, menumpang pd atau di, menaiki (kereta, kapal, dll) utk berpergian: maka ditumpanginya sebuah bas dr Jogja ke Semarang; menumpangkan 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiar­kan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menum­pang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitip-kan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; ~ diri (hidup, nyawa) kpd menyerahkan diri (hidup, nyawa) kpd seseorang (supaya diselamatkan dll); tertumpang 1. (telah) ditumpangkan: kerana kemiskinan maka ia ~ di biduk tiris aku di sini; 2. dikembarkan, disertakan: bersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 utk anakanda; ~ salam drpd terimalah salam drpd; ~ salam kpd sampaikan salam kpd; tumpangan 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim, dibawa, dll); barang ~ barang yg diamanahkan (utk diurus dll); 2. tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~; wang ~ bayaran kerana menumpang, sewa; mencari ~ a) mencari tempat utk menum­pang; b) mencari orang utk ikut serta (ber­pergian); penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan; penumpang 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; kapal ~ kapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang); 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; ~ transit penumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke destinasi yg ditujui. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pang] | تومڤڠ

Definisi : ; menumpang 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. menumpangi menumpang di atau pd; ikut tinggal di: Dia ~ rumah kakaknya buat sementara waktu. menumpangkan 1 menyuruh (membiarkan) tinggal atau bermalam di sesuatu tempat: Ahmad ~ anaknya di rumah seorang sahabat. 2 membiarkan menumpang sesuatu kenderaan (utk berpergian): Ia ~ barang-barangnya di kereta adiknya. 3 menaruh atau meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Ia ~ tangannya di atas bahu kawannya. 4 menyerahkan sesuatu supaya dijaga atau diurus; mengamanahkan. tumpangan 1 se­suatu yg ditumpangkan utk dibawa, dikirim dll. 2 tempat menumpang utk sementara waktu: rumah ~ rumah tempat menginap atau tempat menum­pang. penumpangan perbuatan (hal dsb) menumpang, menumpangi atau menumpangkan. penumpang orang yg menumpang (di rumah tumpangan, kenderaan dll): Para ~ penuh sesak dlm bas itu. kapal ~ kapal yg membawa orang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Puisi
 

Hisap rokok tembakau Jawa,
     Asap keluar berbunga-bunga;
Tumpang bertanya si baju kasa,
     Tumpang bertanya siapa nama.


Lihat selanjutnya...(35)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan seerti dengan perkataan tumpang

Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang  kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai  6 tafsiran, iaitu:

1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung.  

2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja.

3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara.

4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma.

5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb).

6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut  serta.

Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. 

Istilah18.02.2009
Tumpang tanya, tuan. Saya ada rujuk dalam kamus dan didapati istilah yang saya cari ini ditanda dengan 'mn'. Apa maksud 'mn'? Terima kasih tuan.Salam sejahtera,

Mn di dalam kamus merujuk kepada Minangkabau.

Tuan boleh rujuk setiap kependekan yang ada di dalam kamus pada halaman KEPENDEKAN (Ii) pada bahagian hadapan kamus.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain16.03.2018
Tumpang tanya, permohonan di dalam lampiran telah ditolak dengan sebab tiada bahasa Melayu untuk disahkan.Sebab tiada Bahasa Melayu adalah kerana ini merupakan iklan dengan slogan kompani sahaja. Adakah cadangan apa untuk menambah baiki iklan ini?

DBP tidak mengesahkan jenama atau logo syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, "BAHARU" atau sebarang keterangan lain yang boleh dikaitkan dengan visual tersebut.

Tatabahasa27.05.2016
Tumpang tanya ada tak istilah bahasa melayu bagi 'ionizer'? Istilah ini ada pada produk penghawa dingin. terima kasih"Merujuk data PRPM, istilah bahasa Melayu bagi perkataan ionizer ialah pengion.Tatabahasa05.06.2013
Helo, Tumpang tanya, dimanakah saya boleh mendapatkan buku yang ditulis dalam tulisan jawi? Tidak kisah sama ada buku cerita ataupun buku pendidikan. Saya perlukannya untuk dijadikan bahan rujukan dan pembelajaran. Mohon tuan/puan membalasnya. Terima kasih.

MENDAPATKAN BUKU TERBITAN DBP

Untuk makluman, buku terbitan DBP (termasuk tulisan jawi) boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini untuk pembelian buku secara dalam talian: https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain13.07.2020
Maaf, tumpang tanya. Adakah kata dasar dan kata tunggal adalah sama? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa02.06.2020
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris?Perkataan "halal" dalam bahasa Inggeris dieja dan disebut sama. Tuan/Puan sila rujuk cara penggunaan atau hukum menulis perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris melalui institusi yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kerana pihak kami hanya menjawab soalan berkaitan hal bahasa Melayu sahaja. Terima kasih.Ejaan20.09.2017
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris? Terima kasih.Waalaikumussalam. Perkataan”halal” telah diterima pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, perkataan ini tidak perlu ditulis condong (italic) dalam artikel bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih.Lain-lain10.08.2017
Assalamualikum, Tumpang tanya, bagaimana saya boleh dapatkan senarai kata majmuk Bahasa Melayu. Adakah pihak DBP mempunyai sejenis korpus khas untuk kata majmuk sahaja. Jika korpus begini wujud, bagaimana untuk mengeksesnya. Terima kasih.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur yang lain. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk besar jumlahnya, dan DBP tidak mempunyai korpus khas untuk kata majmuk sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72-76.Ejaan04.07.2014
Assalamualaikum, tumpang bertanya 1-Hari yang ceria= adakah betul ayat ini. 2-Ada sesuatu yang sedang berlaku.=adakah betul ayat ini Bilakah perkataan 'yang' sesuai digunakan dan untuk tujuan apakah ia digunakan? 1-Pasu di atas meja @ pasu atas meja= yg manakah betul. Terima kasih kerana membantu, Assalamualaikum1. Ayat pertama dan kedua adalah betul.  Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 




2. Frasa yang betul ialah pasu di atas meja.
Tatabahasa16.10.2013
12345

Kembali ke atas