Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pu] | تومڤو

Definisi : 1. = setumpu benda yg digunakan utk mengampu kaki (tangan dll), tempat ber­topang (berjejak, berdiri, dll); 2. Kd, bp sam­pai, hingga ke: dr mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yg diburunya itu tidak juga bertemu; bertumpu 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); ~ berkelahi betul-betul berkelahi (dgn menumpukan segenap tenaga); 4. ki mendapat tempat ber­pegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; mencencang berlandasan, melompat bersetumpu prb jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya; menumpu 1. = bertumpu menekankan (me-nolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki mem-beri sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; menumpukan 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak mene­rima, menolak (permohonan dll); ~ per­mintaan menolak permintaan; 3. mening­galkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perha­tian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; tertumpu 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dll); per-mintaannya ~ permintaannya ditolak; 2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu; umpuan 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; pertumpuan perihal (perbuatan dsb) ber-tumpu: bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yg keluar masuk dr bahagian tengah Queensland; penumpuan perihal (perbuatan dsb) me­num­pu(kan): rajah ini menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian; penumpu 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan, dll), pembantu, penyo­kong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu (menumpukan) kaki dll, pengampu, penun­jang; ~ kaki bangku kecil utk menumpukan kaki; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pu] | تومڤو

Definisi : ; ~ tinggi titik tempat berselangnya garis tinggi sesuatu segi tiga; puncak. bertumpu 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. 4 = bersetumpu bertekan telapak kaki pd sesuatu semasa hendak melompat dll; menunjal: Ia ~ pd batu sebelum melompat ke seberang. menumpu 1 menekan pd sesuatu. 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong. me­numpukan 1 menekankan (te­lapak kaki atau tapak tangan) pd sesuatu. 2 memusatkan segenap tenaga atau minat pd sesuatu: Ia ~ seluruh tenaganya pd projek yg baru dijalankan itu. 3 mendasarkan atau menyandarkan pendapat dll pd: Ia ~ pendapatnya pd kajian-kajian yg telah dilakukan. tertumpu telah ditumpukan atau dipusatkan (bkn minat, pandangan dll) pd sesuatu: Perhatiannya ~ pd pemuda yg sedang bermain biola. tumpuan 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. pertumpuan hal bertumpu: tempat ~ tempat orang bertumpu. penumpuan perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan. penumpu 1 orang yg menumpu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk menumpukan (cahaya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah dimaksudkan dengan kovergen? -dari segi kamus dewan, istilah dean sebagainya........

Saudara Luqman,

Perkataan konvergen bermaksud tumpu ; yang berkaitan dengan sifat semakin dekat dengan satu nilai. (MAT)

Makna09.07.2009
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar?Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut:

Selfie - Swafoto 
Role Model  – Suri Teladan 
Road Show - Jerayawara 
Back Drop - Latar Pentas 
Bunting -  Gegantung
Highlight   - Imej Tumpu 
Parking - Tempat Letak Kereta
Postmortem -  Pascanilai
Istilah05.12.2016
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah?

Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat ber­tumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik.

Tatabahasa26.03.2011
A'kum dan Salam 1 Malaysia, saya Che'Rozaniza Binti Azizan, pelajar PhD daripada UPM memerlukan khidmat terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris ini: discriminant convergent Untuk makluman tuan/puan, ini adalah ayat asal perkataan tersebut: "........D-A fit, and N-S fit are three dimensions of P-E fit and have both convergent and discriminant effects on the outcomes" Segala bantuan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan adalah amat saya hargai dan sanjungi. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "discriminant convergent" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "discriminant", iaitu diskriminan atau pembeza layan. Istilah untuk "convergent" ialah tumpu, tumpuan atau konvergen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tumpuan pembeza layan atau tumpuan diskriminan.Istilah18.07.2013

Kembali ke atas