"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat bertumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
kajian kurang tumpuan dalam kelas dan faktor kurang pengambilan makana berkhasiat | Kami tidak jelas apa yang tuan inginkan | Lain-lain | 18.02.2010 |
"daya tarikan" atau "daya penarik" 1)yang manakah bermaksud kawasan tumpuan pelancong? 2) daya tarikan bermaksud "tarikan graviti" atau "kawasan tumpuan pelancong"? terima kasih | Kedua-dua frasa yang dicadangkan adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, mengikut semakan dalam pangkalan data kami, perkataan "daya penarik" lebih banyak penggunaannya. | Tatabahasa | 18.05.2019 |
Satu pertanyaan. Bagi makalah bagi ruangan TUMPUAN, dan LUAHAN MINDA, berapakah jumlah minima dan maksima format halaman ditentukan? | Sdr Khay Barbara bagi ruangan Tumpuan 8 halaman, Luahan Minda satu halaman. | Lain-lain | 22.06.2012 |
Mereka yang keletihan biasanya didapati gagal memberikan tumpuan ___________ pemanduan. A. kepada B. pada | Jawapan yang betul ialah B. pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274, Kata sendi nama "pada". | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Tolong cari 1 kesalahan istilah dan 1 kesalahan tatabahasa bagi 2 ayat di bawah.Terima kasih.1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. | Soalan 1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka. Jawapan 1: Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran (syarikat) mereka. 2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. Jawapan 2: Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa / dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap ynag dikehendaki. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Gaza Care | Cadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatian | Lain-lain | 12.02.2009 |
Wah, cantik dan unik tiga ilustrasi cover Tunas Cipta. Saya ingin menghantar makalah bersifat kajian, dalam ruangan "TUMPUAN", berapakah format halaman yang ditetapkan? Selain itu, saya menghantar dua puisi dan bakal menghantar satu cerpen terbaru ciptaan saya. | E-melkan sahaja kepada saya, ghanig@dbp.gov.my berkenaan makalah berbentuk kajian, lebih elok jika menghantar PM FB sinopsis kepada saya dahulu untuk perbincangan awal. | Lain-lain | 17.06.2012 |
No Smoking Announcement in Shopping Complex | Kami ingin mengingatkan pengunjung supaya sentiasa menjaga barang peribadi terutama di kawasan tumpuan ramai. Berjaya Times Square juga ialah Kawasan Dilarang Merokok atau Bangunan Bebas Rokok. Semoga anda gembira dan selesa berada di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2013 |