Salam. Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk menyemak ayat di bawah sebelum ianya digunakan secara rasmi di Pejabat ini: PEMAKLUMAN PENTING PREMIS TANPA TUNAI! Sebarang urusniaga tunai dianggap RASUAH. Sekian, terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah: PEMAKLUMAN PENTING PREMIS URUS NIAGA TANPA TUNAI. Sebarang urus niaga tunai dianggap RASUAH.
| Lain-lain | 09.10.2013 |
Merujuk kepada soalan saya bertarikh 9/11/2015 Bolehkah saya menggunakan ayat berikut? Ini adalah untuk keseragaman dengan ayat seperti Bahasa Inggeris. Ganjaran untuk anda pemandu berhemah Dapatkan 15% Pulangan Tunai bagi insurans motor Sekian. Terima kasih. | Ganjaran untuk anda pemandu berhemah, dapatkan 15% pulangan tunai bagi insurans motor. Frasa ini boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 11.11.2015 |
gaya terkini untuk membawa tunai | Mohon tuan jelaskan soalan yang ingin dikemukakan. | Lain-lain | 24.01.2019 |
Salam, Ingin maklum balas samada terjermahan di bawah adalah betul. English We reward good drivers like you Get 15% Cash Back for motor insurance BM Ganjaran untuk anda pemandu berhemah Dapatkan Pulangan Tunai 15% bagi insurans motor Sekian, terima kasih. | Salam, Dicadangkan terjemahan: Ganjaran untuk pemandu berhemah. Dapatkan pulangan wang tunai 15% bagi insurans motor. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2015 |
Saya ingin bertanya perkembangan manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM"? | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Pengarah Penerbitan, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my. | Lain-lain | 10.02.2017 |
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQ | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
12Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pemenang tempat pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.00. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Lihat penggunaan kata sendi nama adalah dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa? | Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. Contoh: 1. RM1 juta 2. RM1 000 000.00 | Ejaan | 11.03.2020 |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya berkenaan status terkini manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM", memandangkan tarikh akhir status terkini dalam "Penyuntingan" adalah pada 6/6/2014. Saya telah menghantar emel kepada editor yang bertanggungjawab namun tidak mendapat jawapan. Bilakah anggaran masa manuskrip ini akan diterbitkan? Semoga kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan akan memudahkan urusan kita bersama. Sekian. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Untuk makluman puan Khidmad Nasihat Bahasa hanya menjawab soalan berkaitan bahasa. Walau bagaimanapun puan boleh cuba menghubungi pentadbiran Bahagian Buku Umum untuk membantu mendapatkan maklumat berkaitan manuskrip puan itu. Sila hubungi talian 03-2147 9426 untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Karya | 28.07.2016 |
Salam DBP, Mohon terjemahan bagi perkataan 'Cashbback'. Terima kasih | Cashback boleh diterjemahkan kepada pulangan tunai. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2015 |