Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.du/] | توندوق

Definisi : 1. kepala atau muka condong ke hadapan, lwn mencongak (tengadah): suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut; 2. tidak tegak (batang padi dll), condong, merunduk; 3. menyerah kalah kpd, mengaku kalah, takluk: negeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu; 4. menurut perintah (aturan dll), patuh, taat: Hanafi ~ kpd kemahuan atau paksaan kaum keluarganya utk berkahwin dgn Rapiah; ~ diam duduk diam kerana kecewa dll; ~ menyembah bertekur kerana menyembah; ~ tengadah sebentar tunduk sebentar tengadah; bertunduk sl mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan: maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya; menunduk lwn menengadah, tunduk: dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yg terbiar di atas lantai; dlm ~ ia menyonggeng prb seseorang yg berlainan mulut dgn hatinya; menundukkan 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pan­dangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm per-mainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang; ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan; penundukan perihal menundukkan; petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera utk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah); tali ~ tali yg dipasang pd hujung kayu penegang layar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.du/] | توندوق

Definisi : 1 = menunduk condong ke bawah atau ke hadapan (ttg kepala atau muka); lw mendongak: Ia ~ kerana tidak dpt menjawab soalan gurunya. 2 tidak tegak (ttg pokok); merunduk; condong. 3 menurut perintah atau menurut peraturan: Pekerja-pekerja di situ semuanya ~ kpd ketua mereka. 4 menyerah kalah kpd; takluk kpd: Pd ketika itu, beberapa buah negara telah ~ ke negeri Rom. menundukkan 1 mengarahkan (kepala atau muka) con­­dong ke bawah atau ke hadapan: Ia ~ kepalanya beberapa minit sebelum menjawab. 2 mengalahkan musuh atau lawan hingga menyerah; menakluk; menewaskan lawan dlm permainan dll. penundukan perbuatan atau hal menundukkan. penunduk sesuatu yg menun­dukkan: ilmu ~ jampi atau mantera utk menundukkan seseorang (mu­suh dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunduk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan memandang ke bawah: bertekur, merunduk, menungau,
Berantonim dengan mendongak

2. Bersinonim dengan menyerah kalah: mengaku kalah, tewas, menungkul, tewas, bertekuk lutut,

3. Bersinonim dengan patuh: taat, menurut perintah,
Berantonim dengan melawan

Kata Terbitan : menundukkan, ketundukan,

Puisi
 

Raja Brooke hilir belayar,
     Memberi tabik gudang kompeni;
Kepala tunduk menahan sabar,
     Hendak bercakap tidak berani.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Berteras ke hujung dahan.

Bermaksud :

Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah benar, a) Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk? ATAU b) Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua ialah:


Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :
Tidak sombong; rendah diri.
Sastera26.07.2018
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'?Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggiMakna06.08.2007
Bolehkah saya buah begini melihat jantaungku dijara Cukup!,jgn membungkamku Tak restu! Syurga neraka,tahu ttg dirimu/Tiupan sahara memarahimu, Kau akan tunduk malu/sesalanmu tdk berguna lagi inilah kebenaraanyya,kukan tahan Berhenti cucuki sanubariku, kukan melawanmu, sampai titik(darah) kehabisanku Menjerit sang suara,terlerailah, Bebanan yang menderaku Berselokalah suaraku, Derita! Pelayaranku penuh rona, Ku lelah menjadi bayanganmu Derita!!! sambung* Tangisan suara, Terbakar hati yg membara Peperangan kian bermula Dengarkanlah deritaku Derita! Disuburkanku sinaran harapan, Bolehkah,aku melepasinya, Jdiku s'perti merpati, terbang bebas di angkasa, Melepaskan sayap emasku, Menerusi angin menderu laju, Yg terkunci dlm kesepian Biarlah membara! Cah'ya suria dan rembulan. Utuh berdiri di kejora Saban beribu tahun lamanya Tangisan suara! Kesakitan dan kesedihanFrasa-frasa ini  tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi seperti catatan peribadi.Tatabahasa21.07.2019
Perbezaan penggunaan huruf 'u' dan 'o'Soalan yang dikemukakan tidak jelas.  Walau bagaimanapun, kami akan memberikan penerangan tentang penggunaan huruf vokal "u' dan "o" dalam sistem ejaan. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama. Antaranya ialah u - u (untuk, tunduk, untung) dan o - o (obor, borong).  Untuk makluman terdapat kekecualian bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Contohnya, u - o (bunglon, buron, kupon), o - u (bonus, forum). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk  buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan- Jawi) terbitan DBP.Ejaan29.10.2012
1)Makna-meragau ikan -terhimbau -conggoh 2)Yang manakah betul 'terdedah kepada' atau 'terdedah pada'

1. Kata terbitan yang betul ialah terimbau bermaksud terpanggil, perkataan conggoh tidak ada dalam sumber rujukan kami yang ada conggok bermaksud tegak (dengan kepala tidak tunduk), begitu juga perkataan meragau ikan tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep serta contoh penggunaannya.

2. Frasa yang betul ialah "terdedah kepada".

Tatabahasa28.01.2010
Apakah beza antara 'suatu' dan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Makna17.10.2016
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih.

Puan,

Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk

Lain-lain14.12.2010
Assalamualikum. Tuan, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan perkataan berimbuhan "merbahayakan". apa yang kita maklum bahawa tiada imbuhan Mer_ dalam bahasa Melayu. tetapi dalam satu kursus berkaitan tatabahasa yang saya hadiri, salah seorang penceramah menyatakan bahawa perkataan itu telah diterima pakai oleh pihak DBP. Adakah benar kenyataan penceramah itu? Jika benar, apakah rasional pihak DBP menerima perkataan "merbahaya" sebagai perkataan yang mempunyai makna? Jika alasan penerimaan penggunaan perkataan tersebut atas alasan telah mantap digunakan, maka saya sebagai guru Bahasa Melayu berasa amat kesal kerana pihak DBP seolah-olah tunduk kepada kesalahan. Sekian harap maaf dan terima kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat, merakamkan perkataan merbahaya tetapi ditulis: merbahaya ->
marabahaya. Tanda  anak panah  (->) bererti lihat perkataan di hadapannya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah marabahaya. Kami khuatir maklumat ini disalah faham oleh pembaca yang melihat kamus. DBP konsisten dalam hal ini dan sehingga kini tiada sebarang perubahan, perkataan yang betul ialah marabahaya atau berbahaya, iaitu kata bahaya yang menerima awalan ber-.
Tatabahasa21.05.2015
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
12

Kembali ke atas