Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.ga/] | توڠݢق

Definisi : 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.ga/] | توڠݢق

Definisi : sisa batang kayu yg tinggal setelah pokok ditebang; tunggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tung.ga/] | توڠݢق

Definisi : ; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba me­nyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggak (kata nama)
Bersinonim dengan tunggul, asas, dasar, teras, tunjang, lunas, tonggak, sendi, pegangan, sandaran, landasan, prinsip, rukun, tiang;,
Kata Terbitan : menunggak, tunggakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan.Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam.Lain-lain23.06.2008
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013

Kembali ke atas