Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak? | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar sesuatu kepercayaan, pegangan dll. Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak. | Tatabahasa | 17.01.2014 |
Penggunaan yang betul antara "belia tunggak negara" atau "belia tonggak negara"? | Jawapan yang lebih tepat ialah "belia tonggak negara" | Lain-lain | 02.09.2019 |
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan. | Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Assalamualaikum Tuan, Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan kata "tunggak" dan "tonggak". Sekiranya ingin menggantikan perkataan "asas", yang mana satu lebih sesuai? Terima kasih dan Salam Hormat | Kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak. | Ejaan | 06.06.2017 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan pillar | Pillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar&d=1 | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang paling sesuai untuk perkataan BI "Pillar"? Rukun, Prinsip, Teras atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? | Pillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. Saudara boleh melayari | Makna | 01.06.2017 |
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukun | Selain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat. Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 02.07.2013 |