Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kuda ~ kuda kenderaan; menunggang, menunggangi 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; berderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri: janganlah mem­biar­kan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yg tidak berkeputus­an; tunggangan sesuatu yg ditunggangi: kuda ~; penunggangan perihal atau perbuatan me-nunggang (motosikal, kuda, basikal dsb): motosikal empat lejang dgn tempat duduk-nya yg rendah memang sesuai utk ~ yg selesa dan stabil; penunggang orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menunggang duduk menggunakan sesuatu sbg alat yg dikenderai dgn duduk bercelapak di atasnya: ~ kuda; ~ basikal. menung­gangi 1 menunggang beramai-ramai dan banyak yg ditunggang. 2 ki meng­gunakan seseorang atau sesuatu utk kepentingan sendiri; menganggap sese­orang atau sesuatu sbg benda yg dpt ditunggang. tunggangan sesuatu yg ditunggang atau yg ditunggangi: kuda ~. penunggang orang yg me­nunggang atau yg menunggangi: ~-~ basikal sudah bersedia utk memulakan perlumbaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang
Kata Terbitan : menunggangkan, mempertunggangkan, tertunggang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian?i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian.Tatabahasa26.03.2008

Kembali ke atas