Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.kus] | توڠکوس

Definisi : = tungkusan bungkus atau bung-kusan (drpd daun pisang, kertas, dll); nasi ~ = nasi tungkusan nasi yg dibungkus dgn daun (utk kenduri dll); menungkus membungkus atau membalut (dgn daun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.kus] | توڠکوس

Definisi : ; ~ lumus = bertungkus lumus = tertungkus lumus a) asyik atau teruk mengerjakan sesuatu: kita bertungkus lumus bekerja, sedang mereka berdengkur tidur; b) banyak sekali hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.kus] | توڠکوس

Definisi : Br kain kafan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.kus] | توڠکوس

Definisi : , = tungkusan bungkus atau bungkusan drpd daun pisang, kertas dll: nasi ~ nasi yg dibungkus dgn daun. menungkus membungkus atau membalut dgn daun dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tung.kus] | توڠکوس

Definisi : ; terbenam; tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tungkus
Kata Terbitan : bertungkus-lumus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan. Tuan, adakah ayat ini gramatis? Beberapa orang pelajar menyapu lantai dengan bertungkus lumus. Sekian terima kasih.

Mengikut buku Kamus Dewan, tungkus lumus bermaksud asyik atau teruk mengerjakan sesuatu, bertungkus lumus bermaksud mengerjakan sesuatu dgn tungkus-lumus. Ayat yang betul ialah Beberapa orang pelajar bertungkus-lumus menyapu lantai.

Tatabahasa08.07.2014

Kembali ke atas