Tuan/Puan, Apakah terjemahan "embryonic stem cell" dalam bahasa Melayu? Adakah semua di bawah ini boleh digunakan? 1) sel dasar embronik 2) sel tunjang embronik 3) sel induk embronik 4) sel stem embronik Terima kasih. | Untuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "stem cell", iaitu sel dasar, sel tunjang dan sel induk. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang betul ialah sel dasar embrionik, sel tunjang embrionik atau sel induk embrionik. | Istilah | 17.06.2013 |
maksud lain bagi teras | asas,dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang,pokok,prinsip dan rukun. Rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. | Makna | 21.03.2008 |
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa | Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik. | Istilah | 17.08.2010 |
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X" | 1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh: i. Mereka akan ke Kuantan esok ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh: i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. 3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar" 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pakaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. 3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X" | Tatabahasa | 19.08.2015 |