Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Guru Kemahiran Hidup menasihatkan cara memenggal kayu kepada murid-muridnya. Kata "menasihatkan" bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar. Jadi, ayat (1) bermaksud guru Kemahiran Hidup memberikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya atau bermaksud guru Kemahiran Hidup menjadikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya. | Ayat yang lebih betul : Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya atau Guru itu menunjuk cara memotong kayu kepada murid-muridnya. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar. Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis. Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut. Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia. Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif. Selamat mencuba dan berjaya. Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara. | Lain-lain | 14.02.2010 |
Ibu bapa perlu lebih pritatin terhadap anak-anak. Contohnya sabar memberi tunjuk ajar . adakah ayat kedua merupakan ayat tergantung? adakah ayat sebegini diterima dalam penulisan pmr? terima kasih | Ayat yang betul ialah ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak, contohnya sabar memberi tunjuk ajar. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan? | Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu. | Tatabahasa | 02.03.2011 |
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih. | Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih. Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan). Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia. Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit. | Lain-lain | 23.07.2009 |
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar? | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh lain: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. Contoh lain: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Assalamualaikum.. minta tunjuk ajar mana satu yang betul 1) Saya dan kakak... 2) Kakak dan saya... Terima kasih. | Pola ayat bahasa Melayu, subjek terdiri daripada frasa sendi nama, iaitu Saya dan kakak atau Kakak dan saya. Tidak ada peraturan berkaitan unsur dalam subjek tetapi kebiasaannya kita akan merujuk diri sendiri dahulu baharu orang yang mempunyai pertalian. Contohnya, saya dan ibu..., Saya dan nenek... | Tatabahasa | 22.07.2014 |
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat. | Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Tuan, Minta beri tunjuk ajar.Adakah ayat berikut betul?jika tidak,tolong betulkan . 1.Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam . 2.Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. Terima kasih. | 1.Ayat "Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam" adalah ayat yang betul. Manakala ayat kedua pula perlu ditukar kepada "Kakak menenun kain untuk dibuat sepasang baju kebaya/ Kakak menjahit sepasang baju kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. | Tatabahasa | 20.02.2018 |
Salam sejahtera, "Minta tunjuk ajar daripada jurulatih sekiranya tidak dapat menguasai teknik permainan atau latihan." Adakah ayat ini ayat perintah? | Selamat pagi Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat di atas merupakan ayat perintah. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 448-452. | Tatabahasa | 21.06.2016 |