tuan, para mahasiswa diingati supaya tidak terlibat dengan mana-mana tunjuk perasaan. (APAkah kesalahan ayat itu? tuan) | Para mahasiswa diingati supaya tidak terlibat dengan mana-mana tunjuk perasaan. - ayat ini betul | Tatabahasa | 09.08.2011 |
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih. | 1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia. 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 18.05.2009 |
Tuan, dalam Tatabahasa Dewan Ed Ketiga m.s 391, terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Sebagai contoh kata menyeramkan, menyedihkan , membimbangkan, menggembirakan, menyenangkan dll. Soalan saya, adakah kata-kata di atas kata kerja transitif? Hal ini disebabkan kata-kata tersebut boleh diikuti oleh frasa nama. Sekiranya ya, bermaksud ayat-ayat berikut boleh dipasifkan. 1. Filem itu sungguh menyeramkan kami (aktif) menjadi : Kami diseramkan oleh filem itu. (pasif) 2. Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa. (aktif) menjadi : Para ibu bapa amat disenangkan oleh berita baik kejayaan anak-anak di sekolah. (pasif) Bukankah ayat-ayat pasif di atas ganjil bunyinya? Harap tuan dapat beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Kata kerja tersebut ialah kata kerja transitif. Ada beberapa ciri kata kerja tersebut, iaitu: objeknya terdiri daripada kata ganti nama diri; kata ganti nama diri tersebut boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat; membawa maksud emotif/berkaitan dengan perasaan; kata dasar kata kerja tersebut lazimnya ialah kata adjektif; dan ayat tersebut ialah ayat penyata. Kata kerja tersebut boleh dipasifkan, tetapi bentuk pasifnya jarang digunakan. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih. | “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II. cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'. | Tatabahasa | 13.10.2012 |