Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunjukkan

Puisi
 

Memang jala menangkap ikan,
     Pasir kita tempat bermain;
Memang saya nak tunjukkan,
     Kalau berani mari bermain.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
Sila tunjukkan kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini ( Rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka). Terima kasih

 Ayat yang betul ialah semua rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka atau rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar belaka.

Tatabahasa09.09.2009
Boleh tunjukkan format terkini surat kiriman rasmi?Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan.Lain-lain24.02.2008
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006
Tolong tuan tunjukkan cara betul menggunakan "berkait" dan "berkaitan" dalam sesuatu ayat?

Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. 

 

Tatabahasa27.08.2011
boleh tak tunjukkan contoh laporan?Sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain20.08.2010
S1~Yang manakah betul? 1. Jalan ke rumah Pak Ali saya tunjuk. 2. Jalan Ke rumah Pak Ali saya tunjukkan.Ayat yang betul ialah  Jalan ke rumah Pak Ali saya tunjukkan.Tatabahasa08.04.2016
Perkataan "ia" digunakan untuk apa?Boleh tunjukkan contoh ayat yang betul bagi penggunaan perkataan ia.Bolehkah perkataan "ia" digunakan untuk merujuk kepada manusia?Perkataan ia ialah kata ganti diri ketiga dan  kata ganti benda yang dibicarakan. Oleh itu, perkataan ia boleh digunakan untuk manusia.Tatabahasa19.06.2012
Tokoh Ilmuwan Negaraboleh guna contoh tunjukkan tokoh banyak ilmuwan .Istilah06.04.2011
salam sejahtera Tuan, permintaan saya : Boleh tak tuan tunjukkan perbezaan penggunaan 'gariskan ' dengan 'garisi' dengan contoh ayat? (2) Yang manakah betul?, ...di peringkat kebangsaan ATAU ...pada peringkat kebangsaan. Sekian, terima kasih.1. Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif.

2. ... pada peringkat kebangsaan.
Tatabahasa25.09.2013
12345

Kembali ke atas