Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tu.nan] | تونتونن

Definisi : 1. perihal menuntun, bimbingan, pimpinan; 2. ki ajaran, petunjuk, tunjuk ajar: guru saya banyak memberikan ~ kpd saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tu.nan] | تونتونن

Definisi : 1 hasil perbuatan me­nuntun; pimpinan; helaan. 2 ki ajaran; bimbingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuntunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mencari buku tuntunan bahasa .asas pegangangan pelajar

Saudara,

Sila kunjungi kedai buku, perpustakaan atau pusat sumber di  tempat saudara.

Lain-lain16.06.2010
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.


Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan.
Tatabahasa08.03.2015
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Kakitangan lain memanggilnya 'Phi Yam'. Saya memikirkan bahawa ayat ini salah kerana saya pernah membaca buku Tuntunan Bahasa Awang Sariyan dan memahami bahawa "memanggil" bermaksud mengucapkan atau menjeritkan nama seseorang supaya seseorang itu datang kepada pemanggil. "Memanggil" tidak bermaksud menggelar, seperti "dia dipanggil sebagai Si Bodoh" atau "benda itu dipanggil sanggul". Ayat-ayat sedemikian, menurut Prof. Awang Sariyan, harus dibetulkan kepada: "dia disebut/digelar sebagai Si Bodoh" dan "benda itu disebut sanggul". Betulkan keterangan saya? Jadi, harus dibetulkankah ayat di atas kepada: 1. (a) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya 'Phi Yam'. ? atau 1. (b) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya SEBAGAI 'Phi Yam'. (Perhatian: Pembesaran huruf, seperti "SEBAGAI" hanya untuk penegasan, tiada maksud lain.)

Ayat yang gramatis, Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. 


Tatabahasa20.03.2015

Kembali ke atas