Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tut] | تونتوت

Definisi : ; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; ~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, ter-utamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~ bela membalas dgn mem-bunuh seseorang yg telah membunuh orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan bela; penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~ umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tut] | تونتوت

Definisi : ; menuntut 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. tuntutan sesuatu yg dituntut; permintaan dgn mendesak; dakwaan. penuntutan perbuatan atau hal menuntut. penuntut 1 orang yg menuntut; pendakwa. 2 orang yg sedang belajar; pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,

Puisi
 

Tebang tebu banyak-banyak,
     Mari bawa dalam raga;
Tuntut ilmu biar banyak,
     Nak menutup pintu neraka.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013
1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?".Tatabahasa27.05.2013
Assalam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan yang leih sesuai. 1) Pungutan ses getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Perkataan yang sesuai adakah 'cara' atau 'kaedah'. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document' 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'? 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Sebagai contoh cukai penyelidikan hanya kepada penyelidikan dan tidak melibatkan pembangunan. Adakah 'pembangunan' bermaksud semata-mata membangunkan bangunan atau 'pembangunan' juga merangkumi aspek di dalam penyelidikan. Mohon untuk mendapat maklumbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.1) Pungutan susu getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Kedua-duanya boleh digunakan.

2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document'.  'Dokumen Asal'
paling sesuai.

3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'.  Kedua-duanya boleh digunakan.

4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Merujuk kepada data kami definisi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Sebagai contoh kami akan menerajui bidang penyelidikanpembangunan dan  latihan untuk membangunkan tahap...
 
Lain-lain24.04.2019
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi.Istilah19.03.2015

Kembali ke atas