KERJA-KERJA ( TURAP, TURAPAN, MENURAP, BERTURAP) APAKAH JAWABAN YANG PALING MUNASABAH, MUNSYI? TK | Frasa yang betul ialah "kerja menurap". | Tatabahasa | 22.05.2012 |
bolehkah kita menggunakan perkataan siarkaki itu bagi menggantikan perkataan koridor | Saudara, Saudara, Perkataan siar kaki ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'pavement' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sidewalk, laluan jalan kaki: he jumped onto the ~ to escape the van, dia melompat ke laluan jalan kaki utk mengelak dr dilanggar oleh van itu; 2. paved area, kawasan berturap, turapan: the students sat on the ~ around the monument and started sketching, pelajar-pelajar itu duduk di atas kawasan berturap di sekeliling tugu itu dan mulai melakar; 3. (US) hard surface of road, permukaan jalan yg berturap: the ~ is pitted with holes, permukaan jalan yg berturap itu berlubang-lubang. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Perkataan koridor pula ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'corridor' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : the ~s of the building, koridor bangunan itu; the Polish C~, Koridor Poland; Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Oleh yang demikian berdasarkan kedua-dua makna ada perbezaan makna dan konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini. | Istilah | 05.01.2010 |