Adakah keasalahan dalam perenggan ini? Apakah itu buli.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan.Sejak kebelakangan ini,kes buli meningkat secara merabak dan dapat diperlihatkan pada dada akhbar.Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat.Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan.Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini? | Apakah itu buli? Menurut Kamus Dewan, buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan. Sejak kebelakangan ini, kes buli semakin meningkat. Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat. Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan. Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini? Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 28.09.2015 |
Berhubung dgn pertanyaan tentang penggunaan kata partikel '-kah', menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ini turut dikenal sebagai kata penegas. Apabila kata penegas ini diletakkan di sini, iaitu Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini, adakah ayat ini gramatis... Maksudnya, perlukan diletakkan perkataan 'jumlah' menjadi, Berapakah jumlah peserta yang ...... Terima kasih. | Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini? - ayat ini betul | Tatabahasa | 08.08.2011 |
erti pengikut dalam kamus dewan. terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengikut ialah penganut, pengiring atau peserta, iaitu orang yang turut sama atau bersama-sama dalam sesuatu perkara. | Makna | 07.04.2010 |
Saya ingin menyemak penggunaan sekaki bunga. Adakah benar penggunaan perkataan sekaki untuk bunga dan dalam konteks apakah bunga boleh dirujuk sebagai sekaki? | Menurut data kami, frasa kaki turut membawa maksud penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung serta merujuk kepada ~ bunga iaitu bekas (tempat) meletakkan bunga. Penggunaan penjodoh bilangan kaki merujuk kepada tempat atau bekas bunga seperti bunga pahar atau bunga yang digubah. Contohya tiga kaki bunga pahar. | Lain-lain | 16.12.2019 |
Pihak kami sedang menyiapkan buku bertajuk Kod Etika dan Tatalaku. Walau bagaimanapun terdapat sedikit ketidakpastian, iaitu ejaan yang mana adalah betul; Tatalaku atau Tatakelakuan? Menurut laman Web DBP, penggunaan Tatakelakuan adalah yang betul. Walau bagaimanapun, menurut mengikut Akta Badan-Badam Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Sebagaimana pada 22 Oktober 2021), penggunaan Tatalaku adalah yang betul. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih | Istilah yang telah digubal bersama-sama pakar ialah "tatakelakuan", khususnya dalam bidang Pentadbiran dan Sains Politik. Namun begitu, kata "tatalaku" turut digunakan dalam penggunaan masyarakat dari tahun 2000 dengan makna yang sama. | Istilah | 09.08.2024 |
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan... | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan... | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Salam sejahtera. Harap DBP dapat memberi pengesahan sama ada penggunaan istilah "perotian" (penterjemahan dari "breading") dalam senarai ramuan pada bungkusan nuget ayam adalah sesuai atau tidak. Menurut carian kata laman DBP, istilah "perotian" disenaraikan sebagai istilah Bidang Perikanan. Adakah istilah "perotian" turut digunakan dalam bidang Sains Makanan? | Salam sejahtera. Untuk penjelasan lanjut berhubung istilah, tuan boleh hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166. Terima kasih. | Istilah | 08.08.2014 |
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; | Makna | 05.07.2010 |
Apakah maksud sejarah ? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud: sejarah kata nama 1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang: Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy. Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu. 2 kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh: Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara. 3 (dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya: Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah. Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu. 4 peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi: Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula. Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita. Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri. 5 rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya: Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri. Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk. 6 asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah: sejarah orang Melayu; Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994. | Makna | 06.11.2023 |
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh? | Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan. Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia. | Makna | 03.04.2017 |